Pahang Komited Kekang Penularan Covid19 – Wan Rosdy

Peraturan Di Restoran Untuk Kekang Covid19 – Wan Rosdy [Video]

Menteri Besar Pahang, YAB Dato Sri Wan Rosdy menjelaskan mengenai peraturan baru di premis makanan dalam Pahang. Beliau berkata demikian semasa ditemuramah sebentar tadi.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=myICDLgXSBI[/embedyt]

Peraturan itu menurutnya adalah komitmen Kerajaan Pahang bagi menghalang penularan covid19 dan bukan untuk menyusahkan rakyat Pahang.

“Kerajaan negeri amat serius untuk memutuskan penularan wabak covid19. Bukan pelanggan datang makan sahaja tetapi juga melepak dan kita rasa tidak sesuai pada masa ini” – Wan Rosdy

Pahang berada dalam keadaan sangat baik menguruskan penularan covid di Malaysia dan selaku Menteri Besar, Wan Rosdy mahu yang terbaik untuk rakyat secara keseluruhannya.

 

Leave a Reply