Rumah Rakyat Pahang Cetusan Ilham MB Pahang

Rumah Rakyat Pahang Inisiatif Menteri Besar Untuk Rakyat

Inisiatif Kerajaan Pahang menyediakan Rumah Rakyat Pahang diilhamkan YAB Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy banyak membantu rakyat.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=MqEoS4Ipmso[/embedyt]

Menurut Wan Rosdy, kerajaan negeri membiayai projek perumahan tersebut dan diberikan secara percuma kepada mereka yang layak.



Sehingga kini Kerajaan Negeri Pahang telah meluluskan sebanyak 98 unit Rumah Rakyat Pahang (RRP) kepada rakyat negeri itu, ujar Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Sumber kewangan bagi pembinaan RRP ialah daripada dana Tabung Perumahan Rakyat Pahang (TPRP) dan sumbangan kerajaan negeri. Kos bagi pembinaan RRP adalah sebanyak RM65,000.



“Kerajaan negeri sentiasa mementingkan kebajikan rakyat yang memerlukan bagi menyediakan rumah yang selamat dan selesa kepada golongan B40 yang tidak memiliki rumah atau rumah yang sedia ada berada dalam keadaan daif dan tidak selamat diduduki,” – Wan Rosdy

Beliau berkata demikian semasa ditemui dalam program pemberian wang ehsan kerajaan Pahang kepada mangsa banjir di Laman Sejahtera Jelai.

Pahang Komited Kekang Penularan Covid19 – Wan Rosdy



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button