[VIDEO] SITI SARAH TAJA TUDUNG SETAHUN

Mahu menaja tudung selama setahun untuk sepuluh wanita bertuah dan lima daripadanya yang berhasrat untuk berhijab…. demikian niat penyanyi Siti Sarah yang menerima pelbagai komen positif daripada pengikut di laman Instagram.

Sarah ketika dihubungi berkata, inisiatif itu wujud bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia Isnin lalu. Menurut Sarah, dia menerima pelbagai maklum balas positif daripada orang ramai yang mempunyai keinginan untuk berhijab.

“Saya akui ramai wanita yang belum berhijab pasti mempunyai keinginan untuk bertudung tapi mungkin mereka tiada kekuatan atau sokongan daripada sesiapa.

“Justeru, saya terpanggil untuk menaja tudung Loveta kepada lima wanita yang belum berhijab tapi mempunyai keinginan yang sudah lama mereka pendam. Saya harap niat baik ini menjadi asbab untuk mereka terus berhijab dan istiqamah dengan kekal memakai tudung.

“Alhamdulillah, ramai yang meninggalkan komen dan menghantar mesej peribadi di Instagram untuk mengubah hidup mereka menjadi lebih baik dengan tampil berhijab.

“Ada satu mesej yang meyentuh hati saya apabila ada seorang wanita yang sudah berkahwin dan usianya kini 40-an tapi masih lagi belum bertudung. Dia beritahu mahu mengubah hidupnya tapi belum ada kekuatan selain tidak tahu cara menggayakannya.

“Buat masa ini saya hanya dapat menaja tudung kepada lima wanita yang sudah berhijab dan lima wanita yang mempunyai keinginan berhijab selama setahun.

“Dalam pada menerima mesej psoitif, ada juga individu yang menhantar mesej tidak baik dengan mempertikai tindakan saya ini tapi saya tak nak layan sebab benda baik yang kita nak buat pasti ada yang kurang senang,” tuturnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *