“ADA PEMINAT SANGKA SAYA DAH BERUBAH…” – AINA ABDUL TAK BAWA IMEJ MUSLIMAH SEPENUHNYA

Sebut sahaja nama Aina Abdul, pasti ramai yang mengethui penyanyi ini sering tampil dengan imej pelik dan unik dalam setiap persembahan dan video muziknya. Malah gaya fesyen Aina itu pasti akan menerima kritikan dan menjadi bahan jenaka dalam kalangan sesetengah netizen.

Aina yang bakal beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu yang ke-35 (AJL35) dengan mempertaruhkan hasil ciptaannya sendiri berjudul ‘Semalam’ malam nanti itu menjelaskan nama pentasnya dalam industri seni tidak dipilih sesuka hati.

Menurut Aina, nama tersebut melambangkan dirinya yang sebenar. Turut menjelaskan bahawa penjenamaan seseorang anak seni bukanlah perkara baru, Aina berkata pemilihan nama tersebut dipilih dengan berhati-hati.

Menurut pemilik nama Nurul Aina Binti Abdul Ghani ini lagi, dia lebih selesa membawa imej gadis yang nakal namun ada segelintir peminat yang mengikutinya sejak awal lagi menyangka bahawa dia kini sudah berubah.

“Sebenarnya nama Aina Abdul menunjukkan diri saya yang sebenar, dulu, ketika saya sertai Mentor, ramai yang ingat saya jenis yang menyanyi balada dan pakai dress. Tapi saya kembali menyanyi di kelab selepas itu di mana lagu-lagu saya nyanyikan lebih kepada elemen barat, jadi saya sedar saya bukanlah bawa imej Muslimah sepenuhnya.

“Saya sebenarnya naughty dan cheeky, jadi saya pilih nama Aina Abdul kerana ia sebahagian dari diri saya yang sebenar. Ada peminat sangka saya dah berubah, padahal apa yang saya pamerkan sekarang adalah diri saya yang sebenar,” ujarnya Aina.

Leave a Reply