GTR Meat Platform Baru Untuk Daging Halal & Terjamin
GTRMEAT Platform Pelanggan Dapatkan Daging & Produk Halal
GTRMEAT adalah sebuah platform pemasaran terbaru yang dibangunkan oleh Koperasi Kelab Generasi Transformasi Ruminan Malaysia Berhad.
Khusus untuk penjualan daging segar, daging sejuk beku , buah-buahan , serta produk-produk hiliran secara dalam talian.
Platform ini juga menawarkan beberapa produk ekslusif yang hanya boleh didapati dari rakan-rakan niaga mereka iaitu Daging Rusa Segar, Wagyu A5 Nakanishi Japan & Wagyu Harimau Menangis dan banyak lagi.
Masalah yang dihadapi penternak tempatan untuk menceburi perniagaan dalam talian.
Sebelum ini, pembelian dalam talian dibuat pada barangan kering dan mudah dibawa.
Rujukan lanjut – Tekan Di Sini GTRMEAT
Kita lihat hampir tiada platform pembelian dalam talian untuk barangan segar atau sejuk beku.
Kebanyakan daripada peniaga barangan segar menghadapi masalah logistik yang menjadi kekangan kepada penternak, petani , dan nelayan untuk memasarkan barangan segar mereka dalam talian.
Para penjual daging dan barangan makanan dalam talian masih menggunakan sistem Whatsapp , telegram , dan facebook serta melakukan transaksi dalam talian yang tidak selamat serta mendedahkan identiti penjual dan penerima.
Aktiviti penggodaman serta data mining yang mengganggu privasi kepada penjual barangan segar dalam talian.
Berdasarkan keadaan semasa , pada pemain industri sediada akan terus bergiat dalam pemasaran secara konvensional sehinggalah wujud penyelesaian untuk memasarkan produk dalam talian muncul.
Simpati Nasib Pengasas Hot Burger, Sokong Tindakan Tutup Premis Perjudian Segera – Zahid