AJL35 – ‘GILA’ DIANGKAT SEBAGAI JUARA

Anugerah Juara Lagu yang ke-35 (AJL35) yang disiarkan secara langsung di Auditorium MBSA, Shah Alam itu baru sahaja melabuhkan tirainya sebentar tadi dengan menobatkan lagu ‘Gila’ nyanyian Kaka Azraff, Noki dan Loca B sebagai juara.

Lagu ciptaan Noki, Loca B & Ezra Kong itu telah melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 dan trofi.

Manakala, naib juara telah dimenangi oleh penyanyi Aina Abdul dengan lagu ‘Semalam’ sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 dan trofi.

Bagi tempat ketiga pula yang menawarkan ganjaran wang tunai RM20,000 dan trofi itu telah disandang lagu ‘Belenggu Rindu’ nyanyian Jamal Abdillah dan Wany Hasrita.

Seperti menepati ramalan, Ernie Zakri memenangi Vokal Terbaik menerusi lagu ‘Gundah’, manakala Persembahan Terbaik dimenangi lagu ‘Eh!’ nyanyian Zizi Kirana.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!

 

14 MAC DEPAN – AJL35 DIJANGKA BERLANGSUNG SELEPAS LEBIH SEBULAN DITUNDA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker