Anwar Dakwa MP PKR Dikenakan Pelbagai Tekanan

MP PKR Dikenakan Tekanan Politik, Anwar Tuding Agensi Jadi Alat

 

Presiden PKR Anwar Ibrahim

Presiden PKR Dato Seri Anwar Ibrahim mendakwa MP PKR dikenakan pelbagai tekanan dari pihak Perikatan Nasional.

Anwar berkata demikian dalam sidang media Presiden PKR petang tadi. Spekulasi mengenai kerjasama antara PKR & UMNO, Anwar menyatakan tiada persefahaman atau kerjasama secara formal antara 2 parti.



[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=rO4IQaFZX_U[/embedyt]

PKR kehilangan Xavier Jayakumar apabila MP Kuala Langat bertindak keluar parti dan memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Anwar turut memuji MP PKR Sekijang yang menolak pelawaan dari pihak tertentu untuk beralih sokongan. Bagaimanapun tiada jumlah tawaran dinyatakan seperti didakwa sesetengah pihak.

Saifuddin Dakwa Xavier Mangsa Ugutan Politik

Beliau turut menyebut MP Putatan, Miri, Sg Siput, Padang Serai mendakwa ada pihak yang mempelawa mereka bertukar sokongan dengan pelbagai sogokan dan umpan.



Anwar turut berkata PN masih belum berani memperlihatkan jumlah sokongan di Parlimen.

Beliau turur mempersoalkan mengapa sidang parlimen tidak dibenarkan sedangkan sekolah dibuka seperti biasa.

“kalau berani tanyalah Perdana Menteri, tapi oleh kerana tidak ada press confrence jadi susahlah nak tanya” – Anwar Ibrahim.

Bukit Aman nafi ada tekanan politik siasat Anwar



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button