Pengerusi KTMB – Peja Bakal Berdepan RUM

Faizal Azumu Bakal Berdepan Isu KTMB Jika Dilantik Sebagai Pengerusi

Media telah gembar-gemburkan yang jawatan Pengerusi KTMB akan diisi oleh bekas Menteri Besar Perak dan juga Timbalan Presiden PPBM, Dato Seri Faizal Azumu atau dikenali sebagai Peja seawal 1 Mac 2021 setelah kontrak Pengerusi Rameli Musa berakhir pada akhir Februari lalu.

Faizal Azumu vs RUM

Namun, belum sempat YB Ahmad Faizal Azumu aka Peja rasmi memasuki pejabat Pengerusi KTMB, beliau telah diberi peringatan dari Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB (RUM) untuk tidak berpolitik tetapi lebih utamakan untuk menambahbaik prestasi KTMB.

Nampaknya RUM mengikuti perkembangan politik terkini terutama apa yang telah berlaku di Perak. RUM merupakan kesatuan di negara ini yang sangat vokal dan agresif dalam menyuarakan isu-isu perkembangan KTMB terutama yang menyentuh hal-hal kakitangan.



Kesatuan yang sangat lantang ini juga tidak akan berdiam diri jika terdapat sebarang unsur salahguna kuasa, penyelewengan mahupun apa bentuk rasuah di dalam organisasi KTMB.

Isu Yang Dibawa RUM

Dua isu besar telah diutarakan Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB (RUM). Satu, kes lambakan tren dari China yang dikatakan tidak berkualiti dan telah dibeli tanpa tender terbuka. Kedua dan terkini adalah kenyataan Syarikat Destini Bhd bekerjasama dengan KTMB.

Isunya adalah mengapa dibenarkan saham majoriti sebanyak 70% kepada Destini Bhd manakala ET Sdn Bhd (ETSB) – mewakili KTMBhanya memegang 30%? Ini berdasarkan kepada laporan media (https://www.theedgemarkets.com/article/destini-forms-jv-ktmb-rail-maintenance)

Kerjasama ini adalah agar Destini dapat memperkukuh dan memperluas kedudukan mereka sekali gus seperti memonopoli perkhidmatan pengendalian rel selepas syarikat ini hanya telah membekalkan 35 troli motor untuk KTMB sejak 2016.



Keraguan RUM

Pihak RUM meragui samada undian keputusan dari ahli-ahli lembaga pengarah dibuat atas dasar kepentingan peribadi yang berkemungkinan bersabit rasuah.

RUM juga mempersoalkan samada keputusan lembaga pengarah telah menitikberatkan kehendak KTMB apabila hanya memegang 30% dalam kerjasama ini yang mampu menjejaskan kedudukan kakitangan.

Hubungan Destini Bhd dengan beberapa figura politik seperti DS Shahidan Kassim dan YB KJ, bukan persoalan utama tetapi kemampuan kewangan, pengetahuan teknikal dan kakitangan berpengalaman dalam penyelenggaraan rel yang dipersoalkan.

Maka, apakah KTMB digunakan sebagai platform untuk membuat untung atas angin bagi menampung kewangan syarikat yang telah parah? Kewangan Destini Bhd di tahap kritikal bukan lagi satu rahsia apabila laporan The Edge (https://www.theedgemarkets.com/article/destinis-my-child-says-rozabi)l mendedahkannya.

Ada juga portal pelaburan tempatan turut tidak menggalakkan pelaburan di dalam saham Destini (https://simplywall.st/stocks/my/capital-goods/klse-destini/destini-berhad-shares/news/is-destini-berhads-klsedestini-ceo-pay-justified)

Laporan RUM Kepada SPRM

Keraguan RUM terhadap proses penerimaan kerjasama Destini dgn KTMB telah dibawa ke SPRM dan Polis untuk disiasat. Kini, dengan pelbagai krisis yang sedang dialami KTMB, apakah Peja bersedia untuk mengatasinya?

Peja bukanlah seorang ahli politik yang mempunyai latarbelakang koporat mahupun ekonomi seperti Timbalan Presiden UMNO, Dato Mat Hassan.

Jangan pula apabila Peja dikurniakan kerusi Pengerusi KTMB, ia seperti tikus membaiki labu utk KTMB tetapi tikus jatuh ke kawah beras pula untuk Peja.

KENYATAAN MEDIA MENTERI PENGANGKUTAN 20 MEI 2020 BANTUAN KHAS RM500 KEPADA KAKITANGAN KTMB SEMPENA PERAYAAN AIDILFITRI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker