Lelaki maut dihempap barbel 100 kg

Lelaki maut dihempap barbel 100 kg

Lelaki maut dihempap barbel 100 kg
LELAKI yang maut dihempap barbel 100 kg. FOTO Agensi

Beijing: Lelaki berusia 25 tahun di Wuhan, China, meninggal dunia selepas lehernya patah akibat dihempap barbel seberat 100 kilogram (kg).

The Straits Times memetik China Press melaporkan, kisahnya mendapat perhatian selepas tular satu video berdurasi 29 saat di media sosial di negara itu.

Rakaman video menunjukkan lelaki dikenali Zhang bergelut untuk mengangkat barbel lebih 100 kg di dalam gimnasium dekat Wuhan, wilayah Hubei, China, tanpa pemantauan, kira-kira 3 petang Khamis lalu.



Barbel yang beratnya kira-kira 50kg pada setiap hujung, terkena dada sebelum ke lehernya, sebelum ia menekan kepala mangsa ke bangku.

Dalam tempoh 25 saat, Zhang berusaha untuk menyelamatkan diri dan pada satu ketika, lelaki itu dilihat cuba menanggalkan tali pinggang angkat berat yang dipakainya.

Bagaimanapun, keadaan menjadi lebih parah apabila Zhang mengalami kekejangan yang teruk dan sukar bernafas.

Keadaannya itu hanya disedari orang lain lebih seminit kemudian, sebelum dua pekerja pusat gimnasium berlari ke arah Zhang untuk mengangkat barbel itu.



Zhang dikejarkan ke hospital, namun dia kemudian disahkan meninggal dunia.

Sementara itu, wakil Kelab Kecergasan Wuhan Pafik berkata, Zhang adalah individu yang sering dilihat di gimnasium itu.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan mengapa Zhang mengangkat barbel lebih 100kg tanpa pemantauan dan polis sedang menyiasat kes berkenaan.

Sebelum ini, kejadian sama di Bali, Indonesia, pada Julai lalu, apabila jurulatih kecergasan warga Indonesia meninggal dunia akibat patah leher ketika cuba mengangkat barbel.



Channel News Asia (CNA) melaporkan, kejadian berlaku ketika Justyn Vicky, 33, sedang melakukan rutin kecergasan di sebuah pusat gimnasium.

Lelaki maut dihempap barbel 100 kg


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Cubaan PN Untuk Manipulasi Peserta Program Keretapi Sarong Gagal




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading