CHE TA RAI HARI LAHIR KE-48 DENGAN KULIAH DHUHA BERSAMA USTAZ SYAMSUL DEBAT

Semua mengetahui mengenai pelakon dan usahawan Rozita Che Wan yang tidak pernah gagal untuk menyambut hari kelahiran dengan penuh ekstravaganza pada setiap tahun.

Tetapi tahun ini tampil berbeza apabila Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta itu telah meraikan hari jadinya yang ke-48 dengan mengadakan majlis kesyukuran berbentuk kuliah dhuha ber, baru-baru ini.

Che Ta telah mengadakan majlis keagamaan itu di premis acara Aman House di Ibu Kota dengan menjemput pendakwah bebas, Ustaz Syamsul Debat. Perkara tersebut dikongsikan Che Ta menerusi sebuah hantaran di akaun Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

“Perancangan awal nak jemput Ustaz Syamsul pada sebelah malam, tapi kerana jadualnya padat, sempat sebelah pagi saja dan petang pula dia ada kerja di Ipoh, Perak. Kami mula kenal rapat pun sewaktu dia muncul sebagai penampilan istimewa menerusi drama Janda Kosmopolitan. Malah, dia juga pernah menjemput saya dalam siri perkongsian ilmu yang dianjurkannya,” ujarnya.

Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini berkata bahawa dia amat menyenangi cara Ustaz Syamsul berkongsi ilmu dan nasihat. Ditanyakan lanjut mengenai sambutan hari lahirnya kali ini, Che Ta memberitahu bahawa dia dan keluarga turut mengadakan majlis yang bertemakan hitam putih yang mewajibkan lelaki untuk memakai sut dan wanita memakai busana gaun.

Namun, ketidakhadiran suami tersayang, pelakon Zain Saidin turut mengundang tanda tanya peminat apabila tiada gambar pelakon lelaki itu sepanjang sambutan tersebut diadakan.

“Memang kawan saya pun pelik kenapa suami tak ada. Sampai ada yang ingat kami ada apa-apa ke? Zain sebenarnya terbabit penggambaran drama untuk Awesome TV. Memang tak boleh nak buat apa,” katanya.

Che Ta yang kini semakin menghampiri usia 50 tahun itu memberitahu dia hanya berharapkan agar terus diberi kudrat dan dimurahkan rezeki sentiasa serta kekal bahagia bersama keluarga tercinta.

Perkembangan lain, Che Ta khabarnya baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama ‘Dia Isteriku’ untuk siaran TV Alhijrah. Manakala pada hujung bulan ini, Che Ta bakal berkampung di Perlis kerana terlibat dalam penggambaran drama 13 episod berjudul ‘Ayahanda’ terbitan Zeel Production.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Image_9.jpg

Image_10.jpg

Image_11.jpg

Image_12.jpg

Image_13.jpg

Image_14.jpg

Image_15.jpg

Image_16.jpg

Image_17.jpg

Image_18.jpg

Image_19.jpg

Image_20.jpg

Image_21.jpg

Image_22.jpg

Image_23.jpg

Image_24.jpg

Image_25.jpg

Image_26.jpg

Image_27.jpg

Image_28.jpg

Image_29.jpg

Image_30.jpg

“YA ALLAH MALU MENGAKU…” – SYATILLA SOLAT DHUHA USIA 30, BELAJAR DI GOOGLE & YOUTUBE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker