Pemain bola sepak Brazil mangsa penipuan kripto

Sao Paulo: Tiga pemain bola sepak Brazil, termasuk pemain tengah Nottingham Forest, Gustavo Scarpa, berkata mereka telah menjadi mangsa penipuan mata wang kripto berjuta-juta dolar.

Scarpa, bersama bekas rakan sepasukannya, Mayke di kelab Palmeiras, dan Willian Bigode dari Fluminense semuanya mengalami kerugian besar selepas berurusan dengan firma kripto, Xland,

Firma berkenaan menjanjikan pelabur pulangan sehingga lima peratus sebulan ke atas wang mereka.

“Saya selalu melihat orang bodoh menjadi mangsa skim piramid dan penipuan. Merasai diri saya dalam situasi seperti itu adalah mengerikan,” kata Scarpa, 29, dalam mesej audio WhatsApp yang disiarkan oleh penyiar terbesar Brazil, TV Globo.

Scarpa, yang dinobatkan sebagai pemain terbaik liga Brazil pada 2022, dan pertahanan berusia 30 tahun, Mayke memfailkan aduan kepada polis pada November, sejurus selepas memenangi kejuaraan liga bersama Palmeiras.

Scarpa berkata dia melabur AS$1.2 juta (RM5.3 juta) dalam Xland, manakala Mayke pula melabur sekitar AS$762,000 (RM3.4 juta).

Kedua-duanya berkata mereka dipujuk untuk melabur dalam syarikat itu oleh Willian Bigode, bekas rakan sepasukan di Palmeiras.

Bagaimanapun, Bigode, 36, turut mengakui dia juga menjadi mangsa selepas rugi AS$3.3 juta (RM14.7 juta).

“Saya bukan penipu, saya tidak ambil wang sesiapa. Saya juga menjadi mangsa, kerana saya tidak mendapat wang sendiri sehingga hari ini,” katanya di Instagram.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker