Perkhidmatan kereta api kargo China-Eropah disambung hingga Milan

21/03/2021 05:09 PM

BEIJING, 21 Mac — Perkhidmatan kereta api kargo China-Eropah akan diperluas sehingga ke bandar Milan bagi mempermudah hubungan perdagangan China dengan Itali.

Pada pagi Sabtu, kereta api X8015 berlepas dari Stesen Wujiashan, bandar Wuhan, ibu kota wilayah Hubei menuju ke Duisburg, Jerman, dengan membawa produk elektronik, komponen kereta dan barang-barang pencegahan wabak dihasilkan di wilayah Hubei.

Kereta api itu kemudian meneruskan perjalanan ke Milan dengan sebahagian lagi gerabak.

Menurut pegawai syarikat logistik Wuhan, perjalanan dari Wuhan ke Milan mengambil masa 21 hingga 22 hari.

Penyambungan perjalanan kereta api kargo China-Eropah ini adalah untuk menawarkan perkhidmatan penghantaran kepada pelanggan di seluruh Itali, sekali gus menjadi jambatan baharu bagi hubungan perdagangan China-Itali.

Kereta api kargo China-Eropah bantu usaha perangi pandemik

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker