SELAMAT NIKAHI WANITA PILIHAN – WARGANET GEMBIRA COACH YIN ‘KEMBALI KE PANGKAL JALAN’

“Terima kasih kepada anda semua yang sentiasa mendoakan kami… Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar,” itulah kata-kata bekas kekasih usahawan kosmetik Sajat iaitu Coach Yin yang memaklumkan berita gembira dimana dia kini telah pun selamat bernikah dengan wanita pilihan hatinya dikenali sebagai Yeen Azmin di Kota Bahru, semalam.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Coach Yin dan isterinya ada berkongsikan gambar pernikahannya yang diraikan oleh oleh ahli keluarga dan kenalan rapat.

Berita pernikahan Coach Yin itu ternyata membuatkan ramai gembira serta tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah dan mendoakan agar rumah tangga yang dibina kekal bahagia.

Tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa syukur jurulatih kesihatan itu sudah ‘kembali ke pangkal jalan’ serta memilih wanita tulen.

Sejak Julai tahun lalu Coach Yin mula berkongsi foto Azreen apabila menghadiahkan wanita itu seutas jam tangan. Malah Yin juga ketika itu memberi bayangan akan mengahwini Azreen.

Sebelum ini Coach Yin menjadi perhatian ramai kerana pernah menjadi teman rapat dan juga kekasih Sajat. Bagaimanapun, hubungan dikatakan mereka sudah pun berakhir sekitar Januari tahun lalu.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Image_9.jpg

Image_10.jpg

Image_11.jpg

Image_12.jpg

Image_13.jpg

Image_14.jpg

Image_15.jpg

PRODUK KURUSKAN BADAN – AISHAH MINTA PENIAGA HENTI GUNA FOTONYA UNTUK LARISKAN

Leave a Reply