Syabas Zii Jia! – PM


© Provided by Harian Metro ZII Jia (kanan) bersama trofi kemenangan selepas menewaskan Axelsen (kiri) pada aksi final. FOTO AFP ferzalfie

Kuala Lumpur: Syabas Lee Zii Jia! Anda wira kebanggaan negara.

Ucapan berkenaan disampaikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas perseorangan lelaki, Lee Zii Jia berjaya merangkul kejuaraan Seluruh England semalam.

Menurut Perdana Menteri, seluruh peminat sukan negara, khususnya badminton tentunya begitu teruja dengan kejayaan Zii Jia merangkul kejuaraan kejohanan berprestij itu.

“Tahniah Lee Zii Jia. Kejayaan menundukkan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Viktor Axelsen memberi makna besar dan suntikan motivasi buat pemain muda negara berusia 23 tahun ini selepas ditewaskan oleh pemain yang sama di peringkat separuh akhir kejohanan ini, tahun lalu.

“Lebih manis Viktor Axelsen adalah juara bertahan bagi kejohanan ini. Syabas sekali lagi buat Lee Zii Jia,” katanya.

Beliau berharap kejayaan berkenaan dijadikan sebagai perangsang untuk bekerja lebih keras dan menjadi lebih cemerlang pada masa hadapan.

“Perjalanan karier anda masih jauh. Tahniah juga kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan barisan kejurulatihan atas kejayaan ini,” katanya.

Aksi Zii Jia semalam diikuti seluruh peminat sukan tanah air dan semua bersatu demi Malaysia walaupun berbeza bangsa, agama mahupun perbezaan politik.

Sebagai contoh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tidak ketinggalan menyaksikan perlawanan berkenaan dan mengucapkan tahniah kepada Zii Jia.

“Saya ikuti rapat ‘game’ tadi (semalam). Tahniah Lee Zii Jia atas kemenangan yang cukup bermakna ini. Sweet victory! #AllEnglandOpen2021,” katanya di laman sosial, Facebook.

Zii Jia melakar sejarah apabila muncul juara Seluruh England selepas menewaskan juara bertahan, Axelsen 30-29, 20-22, 21-9.

Kejayaan itu pasti cukup manis untuk Zii Jia kerana dapat membalas dendam selepas dikecewakan Axelsen pada aksi separuh akhir di pentas sama tahun lalu.

Zii Jia muncul pemain pertama negara memenangi kejohanan berprestij itu selepas kali terakhir dimenangi bekas jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei pada 2017.

 

Jelajah Dunia Akhir: Nasib berbeza buat pemain negara

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker