ADUN AMANAH Didakwa Cabul Wanita

Adun AMANAH Didakwa Cabul Wanita

 

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) didakwa mencabul seorang wanita dalam satu laporan polis terhadapnya.



Dalam laporan tersebut, wanita yang aktif dalam politik PKR itu mendakwa Adun berkenaan melakukan perkara tersebut bermula di sebuah pusat membeli-belah.

Wanita itu turut mendakwa, Adun berkenaan bertindak meraba, memeluk serta melakukan perkara tidak diingini terhadapnya.

Menurut laporan, Adun tersebut berjanji akan membeli hadiah kepada wanita itu menjelang tarikh hari kelahirannya.



Adun itu menurutnya lagi telah memberi peringatan agar perlakuan cabul tidak diberitahu kepada sesiapa.

“Kali kedua kami berjumpa kerana beliau ingin berbincang tentang hal politik semasa memandangkan saya turut terlibat aktif dalam parti. Malah beliau menjanjikan ingin membeli hadiah sempena ulang tahun kelahiran saya” – dalam laporan polis wanita tersebut.

Adun tersebut yang dipercayai dari parti AMANAH di Pulau Pinang merupakan seorang peguam di syarikat guaman miliknya sendiri.

KES CABUL PELAKON – YOUTUBER BEBAS DENGAN JAMINAN POLIS SELEPAS 3 HARI DIREMAN



Menurut laporan sebuah portal, Adun tersebut mengakui disiasat atas laporan yang dibuat wanita PKR.

KES CABUL PELAKON – YOUTUBER BEBAS DENGAN JAMINAN POLIS SELEPAS 3 HARI DIREMAN

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button