Gadis Pekak Ajar Bahasa Isyarat Guna TikTok
Gadis Pekak Ajar Bahasa Isyarat Guna TikTok
Seorang gadis kelainan upaya (OKU) Pekak, Anisa Jailani menggunakan TikTok bagi mengajar pengikutnya belajar bahasa isyarat.
Mempunyai 65,700 pengikut di TikTok, Anisa berinteraksi dengan pengikutnya menggunakan bahasa isyarat. Pengikut akan bertanya soalan bertulis dan Anisa akan menjawap kembali soalan dengan bahasa isyarat.
Menarik sekali komunikasi antara Anisa dan pengikutnya malah mereka dapat mempelajari bahasa isyarat dengan lebih mudah.
Fleksibiliti komunikasi yang ditunjukkan Anisa sangat menarik kerana beliau bijak menggunakan platform media sosial untuk berinteraksi.
Beliau turut mengajar cara untuk orang normal berinteraksi dengan mereka yang kelainan upaya. Secara tidak langsung komuniti pekak bisu kini tidak lagi disisihkan masyarakat kerana kesukaran komunikasi.
Siapa kata orang seperti Anisa tidak boleh popular? Masyarakat dan rakyat perlu tahu cara sebenar untuk ‘berbicara’ menggunakan bahasa golongan pekak bisu ini.
PU Abu Dikecam Kerana Terjebak Dengan TikTok