PRU15- Adakah Rakyat Akan Mengulangi Kesilapan Lama?

Sejak  2013 saya membuat penumpuan penulisan saya tentang bahayanya agenda liberal, kristianisasi, sosialis yang akan dilaksankan dalam negara ini JIKA ahli politik bersemangat suam suam kuku dalam melakukan penentangan terhadap agenda ini.

Banyak artikel yang saya tulis mengenainya, Betapa bahayanya DAP. Mahathir jika berkuasa terhadap orang Melayu Islam, Betapa bahayanya negara ketika itu,Saya juga mengingatkan betapa bahayanya agenda kristiansasi dan liberal akan disebarkan kepada orang Islam atas nama kesamrataan, toleransi, dan atas nama demokrasi.

Bukan itu sahaja, saya juga mengingatkan betapa bahayanya juga melakukan kerjasama dengan sekutu yang berfahaman yang sama dari parti parti yang dipimpin oleh orang Melayu.



Memang betul, mereka adalah parti yang diketuai oleh orang Melayu, akan tetapi mereka mempunyai latar belakang dan fahaman politik yang sama dengan liberal, sosialis dan dilihat menongkah arus dalam politik resam nbegara ini yang mana majoritinya orang Melayu.

Menerima slogan atas nama penyatuan dan atas nama demokrasi tanpa mengubah ideologi (fahaman) politik akan menyebabkan kita orang Melayu terperangkap dalam kebersamaan yang berteraskan Melayu dan Islam.

Kuasa pilihanraya PRU14 ini terletak ditangan anak muda, kuasa anak muda mahukan sebuah kerajaan yang mengamalkan dasar bebas, liberal dan mengamalkan agenda kebaratan dalam Negara ini, tampa mengkaji ideologi politik yang sebenarnya.

Mereka berjaya, tetapi mereka sama sekali tindak menyangka dengan apa yang telah berlaku dimana bukan seperti yang mereka impikan. Mereka telah menyerahkan kusa kepada DAP dan Mahathir. Bermula disini, mereka mula sedar segalanya setelah semua kehebatan negara hilang dalam sekelip mata.



Sekali Silap, Bukan Selamanya Silap- PRU 15 Boleh Mengubahnya

Perkara ini seharusnya dijadikan iktibar dalam politik Negara dengan melihat banyak tragedy yang telah berlaku dalam Negara Negara Teluk dimana campur tangan atas nama demokrasi telah memberikan impak jangka panjang kepada Negara tersebut dan rakyatnya.

Sejarah mengajar kita. dulu Melayu Islam cukup hebat di Asia Tenggara. Kita ada Mindanau sebuah kerajaan Islam, Kita ada Pattani, Yalla, kita ada Kemboja,(champa). Burma. Kejatuhan kerajaan yang berteraskan Islam ini disebabkan pengaruh yang dibawa masuk oleh bvangsa asing melalui rakyat negara itu sendiri. Akhirnya semuanya tumbang tersungkur.



Tidak cukupkah 22 bulan ditambah dengan kerajaan PN sekarang mengajar kita tentang sesuatu apabila kita silap membuat pilihan setelah “menikmati” kehebatan fahaman sosialis, liberal memerintah. Dimanakah kita sebagai orang Islam ketika itu?

Atas nama hak asasi, Gay, Homoseksual, lesbian diiktirafkan oleh kerajaan ketika itu yang mana sebelum ini tidak pernah timbul langsung cerita mereka. Azan, Masjid Kalimah Allah, Murtad, bersekedudukan semunya minta diiktirafkan.

Tidak cukupkah lagi Sejarah 3 March 1946 sebagai pengajarannya dimana kuasa anak muda bersama sosialis telah meruntuhkan sebuah kerajaan Islam dan system monarki di Indonesia dan membawa Negara kepada dasar Pluralisme, Liberal dan kesamarataan sehingga sekarang.

 Harus diingatkan bahawa Di Asia tenggara ini hanya tinggal Malaysia dan Brunei sahaja yang belum ditukar cara pemerintahan secara total, walaupun gerakan kearah ini terus menerus digerakkan melalui parti politik yang menerima tajaan dari pemegang agenda.



PRU 15 adalah pilihan anda, apakah anda mahukan lagi untuk negara ini, Sebuah negara yang tanpa undang2 yang menghalang hak anda dalam semua aspek termasuk perlanggaran hukum agama? Anda mahu negara seperti negara barat? Semuanya pilihan anda.

Anda sudah menikmati segalanya dalam pemerintahan BN/UMNO, Anda sudah mernikmati segala bentuk penafian hak anda dalam PH DAP PPBM. Anda sedang menikmati kejatuhan segalanya dalam kerajaan PN. Segalanya sudah anda lihat.

Kesilapan kali pertama mungkin anda silap, dan mungkin bukan untuk kali keduanya. PRU detik penentuan anda mengembalikan sejarah yang anda sendiri musnahkan.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button