PAU 2020 – UMNO Bukan ‘Baja’ Untuk Dedalu Parasit

UMNO Bukan ‘Baja’ Untuk Dedalu Parasit -Ketua Puteri UMNO Malaysia

Datuk Zahida Zarik Khan
Ketua Puteri UMNO Malaysia

Umno bukan ‘baja’ untuk dedalu hidup subur kata Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan semasa membuat ucapan dasar Persidangan Puteri UMNO Malaysia.

Beliau mengimbau keperitan 22 bulan UMNO serta rakyat di bawah Pakatan Harapan selepas BN tumbang pada PRU14.

“Bagi kita politik dedalu adalah “scheme of things”, yang mereka sebut-sebut. Ini adalah doktrin dan ideologi mereka yang kita kena faham.”



Doktrin untuk membolehkan golongan minoriti menguasi golongan majoriti dan akhirnya membunuh golongan majoriti itu. Dedalu tidak hanya hinggap satu pokok, dia akan pergi ke mana-mana pokok dan akhirnya akan membunuh pokok asal itu”

Zahida turut membidas ‘Kluster Pengkhianat’ yang menjadi ‘Gembala Politik’ membawa ahli UMNO ke hulu hilir, memberi makan minum dan akhirnya menjadi santapan Tuan Besar kluster terbabit.

Ketua Puteri UMNO juga menyindir PPBM dengan menukar jenama Pakatan Harapan kepada Perikatan Nasional tidak ‘mensucikan’ mereka dari ‘JANJI’ terdahulu.

Ketua Puteri UMNO Malaysia

Senada dengan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Zahida turut membidas Menteri MITI yang kurang efektif dalam menarik pelaburan luar masuk ke negara.



Puteri UMNO kekal bersetuju dan mendukung keputusan MKT UMNO kerjasama dengan PPBM hanya sehingga pembubaran parlimen dan tiada kerjasama dengan Anwar & DAP.

“Pergerakan Puteri akan terus bersuara lantang demi survival UMNO. Kita perlu sedar dulu mereka hina UMNO, tapi sekarang harap UMNO bersama mereka.”

Mereka kata UMNO sudah rosak, tapi sekarang mereka terhegeh-hegeh dan menagih sokongan UMNO.” – Zahida

“You Will Never Walk Alone” – Timbalan Presiden UMNO



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button