UMNO Gantung Keahlian Tun Faisal Antara 4 Ke 6 Tahun?

Tun Faisal Digantung Keahlian UMNO

Timbalan Ketua UMNO Putrajaya

Umno menerusi mesyuarat MT UMNO malam ini membuat keputusan menggantung keahlian Setiausaha Akhbar Menteri Wilayah.

Tempoh penggantungan Tun Faisal dipercayai antara 4 tahun sehingga 6 tahun. Pengesahan tempoh penggantungan masih belum diperolehi dari UMNO atau mana mana pihak.

Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya seorang sahaja yang digantung keahliannya.



Tiada pemecatan dibuat melibatkan ahli UMNO seperti digembar-gemburkan.

Sebelum ini Timbalan Ketua UMNO Putrajaya itu menggunakan platform media bagi mengkritik UMNO. Beliau turut mempertikaikan surat sokongan yang didakwanya sebagai sokongan UMNO kepada Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun Tun Faisal tidak mengemukakan sebarang bukti bagi menyokong dakwaan tersebut.

Kontroversi surat sokongan bermula apabila dalam satu sidang media oleh bekas Setiausaha BN, Tan Sri Annuar Musa.



SUA Menteri Jadi ‘Khadam’ Konspirator Rosakkan Umno?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker