CIK B ‘MALU’ BILA DIKECAM: “MAK DATUK SERI, ANAK MACAM ORANG KAMPUNG”

  

“Saya malulah kalau kena kecam ni, bukan malu dekat diri sendiri tetapi rasa malu kalau mak saya tengok. Rasa macam kesian la kalau mak saya tengok komen orang cakap pasal saya. Apa perasaan sebagai mama jadi mak saya?

“Mak saya mestilah dia akan terasa hati sebab saya ini anak dia,” itulah luahan bintang Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2), Cik B yang meluahkan perasaannya dan mengakui dia menyedari tentang kecaman serta kritikan netizen terhadap penampilannya.

Menurut Cik B, dia tidak kisah sekiranya komen negatif ditujukan kepadanya namun dia berasa bimbang terhadap penerimaan ibunya, usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida (DSV).

komen negatif yang diterima Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin: “Mak Dato’ Seri, Anak macam orang kampung”. Cik B berkata demikian menerusi temu bual dalam segmen Gempak, ‘Lancang Bethol’ yang disiarkan semalam.



Selain itu, Cik B mendoakan ‘haters’ dan orang-orang yang sering mengecam dirinya agar berjaya dalam hidup dan tidak membenci dirinya lagi.

 

“Saya pun tak tahulah apa silap saya, untuk anda tak suka saya. Tapi saya harap korang semua berjaya dalam hidup dan takde rasa benci terhadap saya. Kalau tak boleh berhenti, cuba berhenti perlahan-lahan,” tuturnya. Moga Cik B kuat hadapi segala ujian

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi kata-kata semangat kepada Cik B. Dalam pada itu, mereka turut menyifatkan Cik B sebagai seorang yang matang dari segi cara percakapannya.



Cik B menempa populariti dalam dunia hiburan apabila sering menghasilkan video-video kreatif hingga berjaya memiliki peminat tersendiri di laman sosial Instagram miliknya, @cikb_havoc66.

 

Annuar ‘malu’ dengan Ebit Liew, mahu berkongsi idea bantu rakyat



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button