Tarikh akhir kemukakan borang nyata pada 30 April dan 15 Mei – LHDN

Kuala Lumpur: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan, tarikh akhir bagi pengemukaan Borang Nyata (BN) Tahun Taksiran 2022 (TT 2022) bagi pembayar cukai yang tidak menjalankan perniagaan adalah pada 30 April secara manual, dan 15 Mei bagi e-Filing.

Menurut LHDN pada kenyataan hari ini, ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin (BE), Individu Pemastautin (pekerja berpengetahuan / berkepakaran) (BT), Individu Bukan Pemastautin (M), Individu Bukan Pemastautin (pekerja berpengetahuan) (MT), Pertubuhan (TF), Harta Pusaka (TP) dan Keluarga Sekutu Hindu (TJ).

“Sebagai panduan berkenaan pengemukaan BN, pembayar cukai boleh merujuk kepada Program Memfail BN bagi tahun 2023 yang boleh diakses dan dimuat turun menerusi pautan https://www.hasil.gov.my/media/lq5fu3zd/20230324-program-memfailborang-n…,” menurut kenyataan itu.



Kenyataan itu turut memaklumkan, pembayar cukai disaran supaya mengemukakan BN dan membayar baki cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang sudah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti dan kenaikan cukai dikenakan.

Pada kenyataan sama, LHDN memaklumkan, pembayar cukai juga dinasihati supaya mengisi maklumat diri dan perbankan yang tepat serta terkini bagi membantu kelancaran proses bayaran balik cukai.

Pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan melalui Hasil Care Line di talian 03-89111000 atau 603-89111100 (luar negara), HASiL Live Chat dan borang maklum balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/public.

METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading