PAU 2020 – SUA UMNO Dedah Jumlah Ahli Parti

3,359,368 Jumlah Ahli UMNO Sehingga Mac 2021


Setiausaha Agung UMNO (SUA) Datuk Seri Ahmad Hj Maslan menyatakan keahlian UMNO berdaftar setakat Mac 2021 ialah 3,359,368 orang di seluruh negara.

SUA UMNO
Datuk Seri Ahmad Hj Maslan

Sabah mendahului jumlah paling ramai ahli UMNO diikuti Johor, Selangor dan Kedah.

  • Sabah – 583,979
  • Johor – 451,778
  • Selangor – 421,899
  • Kedah – 300,589

Ahmad Maslan juga menyatakan penambahan ahli UMNO sejak Mei 2018 ialah 127,214 orang.

PAU 2020

Dalam ucapan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 hari ini, Ahmad Maslan mengingatkan perwakilan agar bersedia untuk PRU15 yang boleh diadakan pada bila-bila masa.

SUA UMNO juga membentangkan gerak kerja Biro Latihan, Biro Naziran serta Jawatankuasa Manifesto & Pengarah Pilihan Raya yang sedang digerakkan.

Persidangan peringkat Bahagian UMNO pada 2020 telah berjalan serentak pada 1 – 3 Januari 2020 melibatkan 190 Bahagian & 759 mesyuarat Perwakilan.

PAU 2020

Kelab UMNO di seluruh dunia berjumlah 20 buah – 9 di United Kingdom, 2 di Indonesia, 3 di Australia, 4 di New Zealand dan 2 di Mesir.

Kelab Mahasiswa UMNO (UMNOSiswa) yang dilancarkan Presiden semasa Persidangan Puteri UMNO berada di 17 buah IPT.

Gesaan untuk ahli UMNO bertindak sebagai ‘cybertruper’ di media sosial turut diperkatakan. Ini bagi meningkatkan kemampuan UMNO menepis tohamahan terhadap UMNO di medium maya.

Ahmad Maslan menjelaskan korum pada PAU2020 memerlukan kehadiran 25% perwakilan atau 667 orang.

Daripada 2668 perwakilan atau 42% berada di PWTC manakala selebihnya 1558 atau 58% di Bahagian (online) masing masing  bermakna kuorum yang ditetapkan untuk pengesahan PAU2020 tercapai.

PAU 2020 – Ucapan Dasar Presiden UMNO

 

Leave a Reply