BAPA SAHKAN KEPULANGAN ZAHIRAH, AIMAN & CUCU KE MALAYSIA

Pasangan pelakon Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza bersama anak sulung mereka, Isaac Raees dikhabarkan sudah selamat tiba di Malaysia dua hari lalu setelah hampir lima bulan menetap di Perth, Australia.

Perkara tersebut disahkan bapa kepada Zahirah iaitu Zainol Macwilson yang berkongsi berita gembira itu menerusi akaun Instagram miliknya. Zainol turut meluahkan rasa syukur atas kepulangan anak perempuanya bersama menantu serta cucu.

"Alhamdulillah, anak, menantu dan cucu saya dah selamat pulang ke Malaysia, amin! Ribuan terima kasih kepada semua peminat-peminat Zahirah, Aiman, Mr Dimple (cucu saya) dan juga para peminat saya, di atas doa serta ucapan yang ikhlas dari semua," katanya.

Meninjau ke Instagram Zahirah dan Aiman, pasangan ini masing-masing tidak mengemas kini apa-apa baik di entri meskipun di IG Story.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Sementara itu, Zainol dalam entri yang sama memuat naik dirinya yang kini sedang berada di Langkawi. Menurut Zainol, dia di Langkawi untuk menjalani sebuah penggambaran drama.

Terdahulu, Zahirah memberithu dia dan suaminya serta anak mereka bakal pulang ke Malaysia dijangka pada bulan April ini. Zahirah berkata kini sudah tiba masanya untuk dia dan Hakim kembali beraksi di pentas lakonan dan bekerja seperti biasa.

Bagaimanapun, Zahirah tidak lagi menetapkan tarikh yang sebenarnya untuk dia dan keluarga kecilnya pulang ke Malaysia namun yang pasti, dalam bulan hadapan.



Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Image_9.jpg

Image_10.jpg

Image_11.jpg

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker