HAL RUJUK & CERAI – PU ABU NAFI AMBIL MUDAH, SUKA MAINKAN PEREMPUAN

"Tiada ada siapa akan diceraikan pun. Perkahwinan ini bukan macam game PS5. InshaAllah saya akan sedaya upaya bawa rumah tangga saya sampai syurga..," ujar PU Abu Sufyan yang menjawab persoalan netizen menerusi segmen ‘Ask Me Question’ di laman Instagram miliknya.

PU Abu yang kini bergelar bapa kepada dua orang anak berlainan isteri itu tampil menjawab pertuduhan netizen yang mengatakan dia gemar mempermainkan hati wanita berdasarkan kes rumah tangganya yang terdahulu.

Dia yang sebelum ini berdepan kontroversi kahwin dan cerai menjelaskan bahawa dia tidak pernah menganggap perkara itu sebagai sebuah permainan yang boleh dibuat main sesuka hati.



Menurut Abu lagi, masalah rumah tangga adalah perkara biasa dan meminta peminat dan pengikut media sosialnya agar sentiasa mendoakan dia tetap tabah dan kuat menghadapi cabaran serta dugaan.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Ujar pendakwah selebriti ini lagi, dia juga tidak mahu menghadapi perpecahan dalam sesebuah institusi kekeluargaan dan hanya mahukan kebahagian bersama orang tercinta.



Terdahulu, PU Abu pernah mencetuskan kontroversi apabila dia telah menceraikan isteri pertamanya, Ain Afini ketika wanita itu sedang sarat hamil anak pertama mereka.

Dia kemudiannya telah bernikah dengan seorang ahli perniagaan bernama Hana Azraa pada awal tahun 2019 sebelum bercerai setahun kemudian. Hasil perkongsian hidup bersama dua orang wanita itu, dia dikurniakan dua orang cahaya mata.

Image_3.jpg



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button