MIC Perlu Buktikan Kemampuan Di Sg Siput

Kerusi Tradisi Bukan Jaminan Menang PRU

Dato Sivarraajh Chandran
Naib Presiden MIC

MIC perlu buktikan kemampuan mereka memenangi kembali kerusi P062 Sg Siput selepas 3 kekalahan dalam PRU.

Komen respon Naib Presiden MIC, Dato Sivarrajh Chandran terhadap kenyataan Ketua Puteri UMNO Sg Siput amat mendukacitakan.

Beliau yang mencabar agar UMNO bertanding sendirian dan menggunakan lambang UMNO dilihat tidak memahami statistik sebenar P062.

Kenyataan Naib Presiden MIC

Kenyataan Naib Presiden MIC

Sivarrajh sebenarnya mungkin terlepas pandang statistik pengundi di Sg Siput dan selaku Naib Presiden MIC, beliau perlu berhati-hati mengeluarkan kenyataan kepada media.

Perbandingan statistik pengundi P062 Sg Siput

  • Jumlah Pengundi = 55,329
  • Pengundi Melayu = 19,221 = 34.74%
  • Pengundi Cina = 19,462 = 35.18%
  • Pengundi India = 11,821 = 21.36%
  • Lain – lain = 4,825 = 8.72%

Mengikut data yang diperolehi daripada 4 Pusat Mengundi hanya 1 sahaja beroleh kemenangan.

Statistik Sg Siput

  • Karai Luar – Jumlah Pengundi = 675
  • Melayu = 32 = 4.74%
  • Cina = 444 = 65.78%
  • India = 199 = 29.48%
  • Keputusan = KALAH
  • Kampung Karai – Jumlah Pengundi 578
  • Melayu = 567 = 98.10%
  • Cina = 10 = 1.73%
  • India = 1 = 0.17%
  • Keputusan = MENANG
  • Kamuning Timur – Jumlah Pengundi 1928
  • Melayu = 42 = 2.18%
  • Cina = 1338 = 69.40%
  • India = 543 = 28.16%
  • Lain-lain = 5 = 0.26%
  • Keputusan = KALAH
  • Simpang Tiga – Jumlah Pengundi = 4819
  • Melayu = 462 = 9.59%
  • Cina = 1626 = 33.74%
  • India = 2710 = 56.24%
  • Lain-lain = 21 = 0.44%
  • Keputusan = KALAH

Itu hanya sebahagian statistik yang diperolehi dari keputusan PRU yang lepas. Jadi atas logika apa kerusi Sg Siput masih dilabelkan sebagai kerusi tradisi MIC?

Kemampuan MIC bagi menarik pengundi mengundi calon BN juga agak lemah jika membandingkan keputusan PRU14. Presiden MIC ketika itu sendiri kalah di Segamat dan MIC ketika itu hanya ada 2 kerusi – Tapah & Cameron Highlands.

Bagaimanapun pihak SPR memutuskan Sivarrajh dilucutkan kemenangan selepas kalah kes yang difailkan DAP di Mahkamah.

Kenyataan Sivarrajh sendiri tidak memperlihatkan sikap saling menghormati antara komponen dalam BN. Sepanjang kewujudan MIC berapa kali MIC bertanding menggunakan lambang parti sendiri?

Tangkap Layar Di Media Sosial

Hanya kerana kenyataan dari seorang Ketua Puteri Bahagian, MIC memperlihatkan sikap berang dan membelakangkan toleransi BN.

Sivarrajh kini sering dilihat berada di Padang Serai dipercayai mencari tempat untuk bertanding.

UMNO Hormati Komponen Dalam BN – Zahid Hamidi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *