PENGURUS PERNIKAHAN NEELOFA & PEKERJA HOTEL DIPANGGIL – “TIDAK ADA PILIH BULU…” – POLIS

"Polis menerima maklumat selepas gambar berkenaan tular kerana majlis diadakan secara tertutup, jadi siasatan perlu dijalankan. Kalaulah majlis itu masih berjalan dan ketika itu juga polis menerima laporan mengenai perlanggaran SOP, sudah pasti kita akan ke lokasi dan mengeluarkan kompaun.

"Masyarakat tidak perlu khuatir, tidak ada pilih bulu dalam pelaksanaan SOP, tindakan sewajarnya akan di ambil selepas kertas siasatan lengkap dan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara," demikian kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah yang memaklumkan, orang ramai diminta untuk tidak salah faham berhubung pengeluaran kompaun terhadap kesalahan melanggar SOP.

Sabtu lalu, Neelofa selamat diijabkabulkan dengan pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, di hotel terkemuka di ibu kota. Bagaimanapun, majlis pasangan ini diperkatakan selepas tular satu gambar di media sosial mendakwa majlis yang dianjurkan itu tidak mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Terkini, pengurus acara majlis tersebut dan beberapa saksi lain termasuk pekerja hotel akan dipanggil hari ini bagi membantu siasatan. Selain daripada pengurus acara berkenaan, beberapa saksi lain termasuk pekerja hotel turut akan dipanggil bagi memberi keterangan.

Tambahnya lagi, siasatan perlu dijalankan bagi mengenal pasti gambar yang tular termasuk kesahihan gambar tular itu sebelum tindakan lanjut diambil.



Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button