“SAYA BUKAN NABI… TETAP LAKUKAN DOSA” – SYED MASIH MAHU KEKALKAN GELARAN DA’I

"Saya bukan nabi, bukan juga seorang wali, tetap melakukan dosa dan sebagainya. Tetapi tetap ada cita-cita untuk memberikan kebaikan kepada orang.

"Kalau orang tengok kita salah sikit, terus dilabel tunggang agama. Walhal apa yang saya katakan itu datang dari diri untuk menyebarkan elemen positif.

"Saya masih mengekalkan nama da’i kerana membawa maksud dakwah. Setiap individu berdakwah dengan cara masing-masing. Wartawan, penyanyi, peniaga dan semua orang ternyata mempunyai cara tersendiri untuk berdakwah.



"Peranan tersebut bukan hanya terhad dengan tazkirah dan ceramah semata-mata sebaliknya disebarkan menerusi kebaikan," itulah kata-kata pendakwah dan penyanyi, Da’i Syed.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Meskipun kes jenayah seksual melibatkan dirinya masih lagi dalam perbicaraan mahkamah, Da’i Syed atau nama penuhnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 26, tetap tenang menjalani kehidupan seperti biasa.



Baru sahaja melancarkan lagu terbaru dan kini mula sibuk menjual biskut, timbul dakwaan mengatakan Syed Iqmal ‘menunggang agama’ bagi mengaut keuntungan bisnes yang diusahakan.

Tidak mudah melatah dengan dakwaan tersebut, Syed berkata dia bukan maksum dan tidak terlepas melakukan dosa. Tegasnya lagi, apa yang dilakukannya kini adalah mengenai pengetahuan agama yang dipelajari dan berhasrat untuk menyelitkan dakwah sambil berhibur.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button