Syahrul Yasin Limpo pulang ke tanah air

Syahrul Yasin Limpo pulang ke tanah air

Syahrul Yasin Limpo pulang ke tanah air
SYAHRUL Yasin Limpo, FOTO YouTube Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia.

Jakarta: Menteri Pertanian Indonesia, Syahrul Yasin Limpo yang tidak diketahui keberadaaanya selepas dikaitkan dengan kes rasuah, akhirnya ditemukan ketika bertemu dengan Ketua Umum Parti NasDem, Surya Paloh, semalam.

Syahrul dilihat melintasi pusat pemeriksaan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Tangerang, Banten, 6.41 petang semalam sebelum meninggalkan Terminal 3 dengan menaiki sebuah kereta.

Bendahari Agung Parti NasDem, Ahmad Sahroni mengesahkan kepada Kompas.com, pemimpin nombor satu parti itu sudah menunggu Syahrul di Menara NasDem, Jakarta.



Ahmad turut menafikan kehadiran Surya Paloh di Menara Nasdem untuk menunggu orang bawahannya itu yang terjebak dalam kes dakwaan rasuah di Kementerian Pertanian.

Semalam, agensi berita Antara melaporkan, Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik, Perundangan dan Keselamatan, Mahfud Md berkata, Kerajaan Indonesia tidak mengetahui keberadaan Syahrul.


Katanya, pejabat dan rakan sekerja Syahrul dilaporkan terputus hubungan dengannya sejak 30 September lalu selepas beliau menamatkan lawatan kerja di Itali dan Sepanyol.

Beliau menolak dakwaan Syahrul mungkin cuba melarikan diri daripada siasatan rasuah terhadapnya berikutan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Indonesia (KPK) tidak menamakannya sebagai orang yang disiasat dan polis juga tidak menyenaraikannya sebagai orang dikehendaki .

Terdahulu, Presiden Joko Widodo (Jokowi) turut menggesa semua pihak supaya menunggu kepulangan Syahrul ke tanah air selepas lawatan kerja ke Eropah, selain turut meminta wartawan cuba menghubunginya.

Pada 29 September lalu, KPK menggeledah kediaman rasmi Syahrul di Jakarta sebelum menemukan 12 senjata api dan wang kertas bernilai kira-kira 30 bilion rupiah (kira-kira RM9.08 juta).



Syahrul Yasin Limpo pulang ke tanah air


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin ‘lantik’ Menteri Besar Pahang baru ganti Wan Rosdy



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button