AL-FATIHAH – NENEK SYATILLA MELVIN KEMBALI KE RAHMATULLAH

Takziah kami ucapkan kepada pelakon Syatila Melvin atas kehilangan nenek tersayang, Che Puteh Zakaria yang telah meninggal dunia tepat pukul 3.45 petang semalam.

Berita itu dikongsikan Syatila atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 30, menerusi laman Instagram miliknya.

“Selesai dah tanggungjawab Che Puteh Zakaria di dunia ini. Berakhir dengan kalimah Lailahailallah di mulut, indahnya kematian tok Ya Allah.

“Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk tok Tilla. Dari kecik sampai besar memang hidup dengan tok sahaja. Kami dalam perjalanan balik peluk cium tok ni,” tulisnya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Pada masa sama, adik Syatila yang juga pelakon Syifa Melvin turut memuat naik mengenai pemergian neneknya itu di Instagram.

“Kami dah tak da tok. Tok da pergi buat selamanya. Ya Allah. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.

“P dah Tok kami berubah alam, kami sedih tapi bersyukur sebab dia sedar sampai last nafas dia.. Kalimah LaillahaillaAllah xlekang dimulut,mulut dan dada bersarang sebut kalimah Allah,Dia sempat cakap “aku ingat Allah,ingat Allah” hebat pengakhiran dia..

Image_3.jpg

“Semalam mintak nk sangat mandi,harini 15 minit sebelum habis dia mintak tukar Pampers walhal dalam Pampers tu takde apa pun, Dia nak bersih.. Kami masih berharap dekat Tok tapi Allah swt lagi sayang.. Nampak Detik Sakarattul Maut Tok tak sakit pun,. Allahuakbar, Semoga Roh Tok tenang disama.. Kita jumpa lagi Tok, Yah sayang tok, my only Tok,” tulisnya.

Suami kepada Syatilla, pelakon Shaheizy Sam turut berkongsi berita sedih tersebut di Instagram.

“Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah buat ibu kepada @robiahrahman dan juga nenek kepada @samtilla yang baru sahaja pulang ke rahmatullah. Semoga Allah tempatkan Tok dikalangan mereka yg beriman dan memudahkan segala urusan setiap ahli keluarga. Amin,” tulis Sam pula.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

MUAT NAIK FOTO SYATILLA POSE PEGANG ‘PAYUDARA’ – NETIZEN SURUH SAM PADAM

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker