MAYA KARIN RINDUKAN KELUARGA DI LONDON, SUDAH HAMPIR 3 TAHUN TERPISAH

Menerusi muat naik di laman Instagram, pelakon dan penyanyi Maya Karin dilihat telah menzahirkan kerinduan pada ahli keluarganya iaitu bapa, adik lelaki dan adik perempuannya yang kini berada di London.

Dalam entri tersebut, Maya akui sudah hampir tiga tahun mereka terpisah gara-gara pandemik COVID-19 yang melanda seluruh pelusuk dunia sejak setahun yang lalu.

“Entah bila dapat berjumpa.. Saya sangat rindukan keluarga saya. Saya sudah lama tidak berjumpa kira-kira setengah tahun hingga tiga tahun..” tulisnya di hantaran Instagramnya itu,” katanya.

Disebabkan pandemik berkenaan, pelakon filem ‘Pontianak Harum Sundal Malam’ ini tidak dapat ke luar negara untuk menziarahi keluarganya itu.

Melihat pada ruangan komen, ramai peminat tampil mendoakan agar Maya terus tabah dan kuat dalam menghadapi dugaan tersebut.

HABIS KUARANTIN – ALIFF AZIZ BERTEMU ISTERI & ANAK-ANAK SELEPAS 9 BULAN TERPISAH

Leave a Reply