NIAT BERTUDUNG DI BULAN RAMADAN DIPERSOAL – IFA RAZIAH AKUI MASIH JAHIL

 

“Kalau kita sedar diri kita jahil, jadi bulan ini untuk kita ambil kesempatan untuk mengumpul banyak pahala. Mungkin bulan sebelum ini, bulan lain very the jahil, very the buka-buka, jadi bulan ini memang untuk saya menutup aurat. Orang selalu cakap, dah elok berjubah, berhijab… tiba-tiba dah habis raya habis syawal buka balik.

Benda ini tak boleh janji dengan manusia, ini antara saya dengan Allah,” ujar penyanyi dangdut, pelakon dan personaliti TV iaitu Ifa Raziah mengakui dirinya masih jahil dan tidak sempurna, malah tidak kisah jika ada orang di luar sana yang mempersoalkan niat sucinya untuk berhijab di bulan Ramadan.

Tahun ketiga bertudung pada bulan Ramadan, Ifa memberitahu dia sememangnya tidak mahu ketinggalan dan mengambil kesempatan untuk merebut pahala berganda di bulan mulia ini. Biarpun niatnya itu dipersoalkan segelintir pihak, namun Ifa berkata, apa juga ibadah yang dilakukan adalah urusan dia dengan Allah.

Tambah Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 45, dia tidak mahu bersifat hipokrit dalam isu membabitkan agama dan hanya menjadi diri sendiri. Katanya lagi, banyak komitmen berkaitan kerja seni yang masih menjadi kekangannya untuk terus berimej muslimah.

“Saya tak nak plastik, propa cakap kat orang yang saya sudah baik, saya sudah solat dan pasti masuk Syurga. Rezeki yang saya dapat sekarang ini semua datang daripada Allah, semua daripada izin-Nya,” katanya.

Untuk makluman, Ifa sebelum ini memang bertudung pada setiap hari Jumaat setiap minggu berkata enggan bersikap hipokrit dalam isu membabitkan agama kerana beranggapan itu urusan dirinya dengan Allah S.W.T.

Ujarnya lagi, komitmen kerja turut menjadi sebab dan kekangan buat dirinya untuk tampil berimej muslimah sepenuhnya. Akhir bicara, Ifa menzahirkan perasaan syukur kerana masih dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan turut memohon doa daripada orang ramai serta peminat agar dirinya dapat menjadi lebih baik dan berhijrah ke arah kebaikan.

Ezlynn bertudung sejak Ramadan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker