Kena Kritik Lantik Individu Kalah & Hilang Deposit

Lantik Individu Kalah & Hilang Deposit

Kerajaan Perikatan Nasional dikritik netizen apabila melantik seorang Senator yang diketahui kalah & hilang deposit sebagai Timbalan Menteri.

Antara Kritikan Netizen Berkaitan Lantikan Timbalan Menteri

Rakyat mula mempersoalkan keperluan melantik seorang Timbalan Menteri oleh Perikatan Nasional yang pada dasarnya dilihat sebagai pembaziran wang rakyat.

Sebagaimana sedia maklum industri pelancongan domestik Malaysia terjejas dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Malah ramai diantara pengusaha pelancongan ‘gulung tikar’ dalam tempoh PKP dijalankan.

Penjawat Awam Digalakkan Berwakaf Melalui Potongan Gaji

Terdahulu, Perdana Menteri sendiri telah mengakui kedudukan kewangan negara terjejas sehingga menggalakkan inisiatif skim wakaf menerusi potongan gaji.



Sepatutnya kerajaan mendahulukan keperluan rakyat daripada memikirkan lantikan yang tidak diperlukan.

Dengan Sidang Parlimen ditangguhkan, rakyat tidak nampak apa perlunya seorang yang kalah & hilang deposit diletakkan di jawatan tersebut sedangkan buat masa ini beliau merupakan Senator.

Apa yang berlaku ialah spekulasi terhadap politik PN yang memerlukan sokongan sehingga sanggup membawa masuk setiap sokongan kepada mereka walau sebenarnya tidak memberikan sebarang manfaat buat rakyat.

Bayangkan kerajaan menanggung jutaan ringgit hanya untuk membayar gaji para ahli Parlimen yang tidak boleh bersidang sehingga dibenarkan.



Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab terhadap 32 juta rakyat Malaysia, pelantikan sebegini hanya mengundang pandangan negatif serta pembaziran wang rakyat.

Adakah ini hasil terbaik yang boleh difikirkan PN untuk kemajuan ekonomi negara?

Dengan tiada petunjuk penurunan kes covid19 di kala kebenaran rentas negeri masih disekat, PKPB masih dilaksanakan sektor pelancongan domestik semakin malap.

KERAJAAN SEKARANG TIDAK SAH, ANWAR DAN MAHATHIR CABAR KUASA YANG DIPERTUAN AGONG?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker