Cantik Jada Pinkett Smith berhijab, berkain batik

Sesuai dengan kedatangan Ramadan, seorang pelakon Hollywood ‘mengejutkan’ peminatnya di seluruh dunia apabila tampil berpakaian ayu dan sopan.

Jada Pinkett Smith dilihat memuat naik gambarnya pada 2 Ramadan lalu di Instagram yang mengenakan hijab dan pakaian berwarna peach sambil memaklumkan pelakon itu dan suaminya, Will Smith kini berada di negara Asia Barat.

“Saya benar-benar merasakan warna peach di Asia Barat sesuai dengan saya,” tulisnya pada gambar itu.

Tidak lama selepas itu, dia turut berkongsi beberapa keping gambarnya yang mengenakan kain batik dan hijab berwarna jingga sambil memberi kredit gambar kepada jurugambar, Jas Davis.

Menurutnya, dia memakai pakaian itu ketika menemani Will Smith berlari pada waktu pagi di negara berkenaan.

“Apabila anda berada di Asia Barat melihat @willsmith berlari pada waktu pagi dan @jas yang berbakat ingin merakamnya,” tulisnya lagi.

Perkongsian Jada sekali gus menyebabkan ruang komennya dibanjiri oleh peminat dan selebriti lain yang teruja dengan penampilan itu sambil memuji kecantikannya.

“Sangat suka,” tulis penyanyi, Tamar Braxton.

“Cantik,” tulis Priyanka Chopra.

“Cantik! Terima kasih kerana menerima budaya kami,” tulis seorang netizen.

Penampilan itu hanya sekadar ingin mencuba gaya menutup aurat dan menolak sebarang spekulasi dia memeluk agama Islam.

Malah, dalam beberapa hantarannya di Twitter pada 2017, dia menafikan mempunyai kaitan dengan mana-mana agama tetapi mengamalkan aspek kehidupan pada beberapa agama.

Buruh Paksa: AS Sekat Import Minyak Sawit Keluaran FGV Malaysia

Leave a Reply