CHEF WAN NAFI SERINA TERLIBAT DALAM SINDIKET KARTEL DADAH

 

“Seminggu ini saya terima macam-macam berita palsu berunsur fitnah, kononnya Rina (Serina) terlibat dengan kumpulan kartel dadah, siap dengan gambar-gambar polis dan segala ceritanya.

“Jika betul, dah lama berita ini keluar dalam surat khabar. Sampah (Berita palsu). Sangat menakjubkan bila mereka ada masa untuk buat benda-benda bodoh seperti ini dan menyebarkan fitnah dengan perkara mengarut ini.

“Cukup-cukuplah menambahkan dosa bulan Ramadan ini..,” kata cef selebriti terkenal, Datuk Cef Wan yng tampil membuat pengakuan bahawa dia sudah beberapa kali menerima berita palsu dan fitnah mengenai Serina Redzuawan di mana terbaru, dakwaan anaknya itu terlibat dengan kartel dadah dan penggubahan wang haram yang tular sejak beberapa hari ini.

Berikutan kes terbaru melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membabitkan penyanyi Ezlynn serta desas-desus yang terpalit nama Serina, Cef Wan akhirnya telah memuat naik laporan polis yang dibuat anak perempuannya selepas difitnah terlibat dengan aktiviti jenayah tersebut.

Perkara tersebut diwar-warkan Cef Wan menerusi sebuah hantaran di laman Instagram untuk pengetahuan peminat serta netizen. Ujar Cef Wan lagi, jika benar Serina terlibat dengan perkara-perkara sedemikian, sudah pasti berita mengenai aktiviti anaknya itu akan muncul di dada-dada akhbar.

Dia dalam pada itu turut mendedahkan bahawa Serina sebenarnya mengetahui siapakah dalang di sebalik penyebaran fitnah ke atasnya dan bakal mengambil tindakan undang-undang. Cef Wan juga menggesa supaya orang ramai agar berhenti daripada menghantar perkara-perkara fitnah kepadanya selepas laporan polis dibuat kelak.

AKUI SUDAH DITAWAN & DIMILIKI SESEORANG – SERINA BELUM SEDIA KONGSI

Leave a Reply