Vicky agih 300 cucuk sate untuk gelandangan berbuka puasa

Kedatangan Ramadan bukan hanya dihayati oleh umat Islam tetapi keindahan bulan mulia itu juga dilihat menerusi sikap saling hormat menghormati yang ditunjukkan oleh penduduk bukan Islam di negara ini.

Biarpun berlainan agama, ramai yang bermurah hati menghulurkan sumbangan dan tidak kurang juga ada yang turut serta merasai pengalaman berpuasa.

Bagi seorang lelaki yang dikenali dengan nama Vicky, dia juga tidak mahu melepaskan peluang untuk melakukan kebajikan dan menghulurkan sumbangan pada hari pertama Ramadan.

Vicky adalah seorang yang aktif di laman Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni, dan sering memuat naik aktiviti memasak bersama anak lelakinya dan kadang-kala berkongsi resepi masakan.

Terbaharu, perkongsiannya di laman tersebut, lelaki budiman itu mengagihkan sebanyak 300 cucuk sate kepada golongan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur sebagai juadah berbuka puasa.

Dia sempat merakam aktivitinya itu yang dimuat naik di saluran You Tube, Vicky Foodie sambil menceritakan persediaannya untuk mengunjungi golongan terbabit di kawasan stesen LRT Masjid Jamek.

“Saya ingin mengagihkan 300 cucuk sate kepada rakan gelandangan kita di sekitar Kuala Lumpur untuk juadah berbuka puasa.

“Saya minta penjual sate menyediakan bekalan untuk diagihkan kepada 30 hingga 40 orang,” katanya.

Keadaan hujan sedikit pun tidak melemahkan semangatnya untuk menanti kehadiran gelandangan di situ kira-kira jam 8.15 malam sebelum pengagihan makanan dilakukan.

Sebaik reda, dia mula bertemu seorang gelandangan yang sedang baring di kawasan kaki lima dalam keadaan kesejukan.

Dia mendekati seorang demi seorang gelandangan yang tidur di kawasan terbabit sebelum diserbu sekumpulan mereka yang ingin merasai keenakan sate itu.

Setakat kisah ini ditulis, perkongsiannya di Facebook sudah menerima 31,000 tanda suka dan dikongsi sebanyak 189 kali, manakala videonya di You Tube pula sudah mendapat 4,556 tontonan.

Sebanyak 1,100 komen yang ditinggalkan di hantaran itu yang rata-ratanya terharu dan memuji usaha murni yang dilakukan Vicky.

Bagaimanapun, ini bukanlah kali pertama dia mengagihkan bantuan kerana berdasarkan beberapa video yang dimuat naik sebelum ini, Vicky aktif mendekati golongan gelandangan di sekitar ibu kota.

“Kahwin Pun Dengan Biawak Hidup, Bela Lembu Di Cucuk Hidung” – Fara Mendoza Sound Balas Anju

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *