TNB Menyumbang Dalam Bantuan Prihatin Pahang

TNB Turut Membantu Dalam Bantuan Prihatin Pahang

Sumbangan TNB Untuk Bantuan Prihatin Pahang
Penyampaian Sumbangan TNB Untuk Bantuan Prihatin Pahang Dun Jelai

TNB atau Tenaga Nasional Berhad semalam telah menyampaikan sumbangan untuk Bantuan Prihatin Pahang Dun Jelai di Tanjung Gahai bernilai RM145,000.00 (seratus empat puluh lima ribu ringgit).

Dato Shahruddin Mohd Simin, LEAD Federal Stakeholder Affairs TNB
Dato Shahruddin Mohd Simin
TNB

Sumbangan tersebut diserahkan oleh Dato Sharuddin Mohd Simin (LEAD, Federal Stakeholder Affairs) bersama Datuk Baderul Sham Saad (Pengurus Besar TNB Pahang) kepada Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy di Dewan Dato Sri Wan Rosdy, Tanjung Gahai, Lipis.

Sumbangan tersebut dijayakan bersama Yayasan Pahang.



Menurut Dato Shahruddin, TNB sentiasa mengambil berat hal ehwal masyarakat dengan menghulurkan bantuan menerusi pelbagai program.

Dengan RM3 juta yang disalurkan bagi membantu hampir 30,000 murid dari keluarga berpendapatan rendah di 208 kawasan terpilih seluruh negara hinggalah bantuan membina kediaman untuk yang memerlukan.

TNB Baiti Jannati
Penerima Sumbangan Baiti Jannati TNB

Dibawah skim Baiti Jannati TNB di Tanjung Gahai, TNB menyumbang sebanyak RM65,000 bagi pembinaan kediaman untuk Encik Mohd Afsham Yaakob dengan menggunapakai konsep Rumah Rakyat Pahang.

TNB
Penerima Sumbangan TNB

2 buah sekolah dalam Dun Jelai pula menerima RM25,000 daripada TNB iaitu SK Tanjung Gahai dan SK Kuala Medang.



TNB
Penerima Sumbangan TNB

Manakala itu sebanyak RM10,000 pula disumbangkan kepada ibu tunggal, OKU serta fakir miskin sekitar Kg Tanjung Gahai.

TNB mensasarkan bantuan yang diberikan untuk golongan yang memerlukan selain mengeratkan hubungan antara TNB dan masyarakat sekeliling.

Turut hadir semalam ialah Dato Mohd Hafizi Ibrahim (Pegawai Daerah Lipis) & Tuan Ramli Dato Mohd Nor (Ahli Parlimen Cameron Highlands) serta Dato Mustapha Long (ADUN Padang Tengku) serta kakitangan TNB Pahang & Ibu Pejabat.

TNB tutup 156 pencawang elektrik di Pahang



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button