Airmata Seorang Bapa Yang Kerinduan

Airmata Seorang Bapa Yang Kerinduan
Wajah Seorang Ayah Yang Menanggung Kerinduan

Satu klip video di TikTok menjadi tular apabila seorang ayah menangis kerinduan anak yang tidak boleh pulang ke kampung kerana PKP.

TikTok

Video TikTok berdurasi 1 minit dengan tontonan sebanyak 383,600 dan 41,300 sukaan dengan kongsian sebanyak 3,188 di TikTok sangat menyentuh hati netizen.

Komen netizen menzahirkan simpati kepada ayah tersebut begitu menyedihkan dan berharap agar ayah tersebut tabah dan kuat.

“rindu…anak anak tak boleh balik ke?”- jawap ayah bila anaknya bertanya mengapa beliau menangis.

Walau cuba dipujuk anaknya yang berjanji akan menjaga beliau, airmata ayah itu terus bergenang.

Menurut anaknya lagi, ayah menangis kerinduan sejak malam tanpa henti.

SOP PKP menetapkan tiada kebenaran merentas negeri pada Aidilfitri kali ini memandangkan angka covid19 masih meningkat.

Siapa tahu kerinduan seorang ayah kepada anak-anak tatkala menghabiskan sisa – sisa usia.

Airmata seorang ayah kerinduan anak merupakan perkara paling menyedihkan tatkala semua bersedia menyambut Aidilfitri.

Namun semua itu terpaksa dipendamkan kerana mematuhi perintah kerajaan.

SYAIFUL ZERO RINDU KENANGAN BERSAMA ARWAH BAPA: “SAYA BETUL-BETUL RINDU PELUKAN AYAH…

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *