Bonus Aidilfitri Untuk Penjawat Awam Negeri Pahang – Wan Rosdy

Menteri Besar Pahang
Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail

Menteri Besar Pahang mengumumkan bonus Aidilfitri untuk penjawat awam Negeri Pahang bernilai RM1,000.00.

Pengumuman tersebut dilakukan selepas kerajaan negeri mengambil kira implikasi kewangan kepada negeri.

Seramai 8,000 orang penjawat awam akan menerima bonus tersebut sebelum Aidilfitri ini.

Kenyataan Media Bonus Aidilfitri Pahang

Pemberian bonus kepada semua gred penjawat awam Pahang membawa implikasi kewangan sebanyak RM8 juta.

Berita ini adalah susulan daripada soalan yang diajukan semasa program Bantuan Prihatin Pahang bersama Yayasan Pahang pada 23 April 2021 di Dun Jelai.

“Turut mendapat pemberian ini sebagai sagu hati kerajaan negeri, penjawat awam Persekutuan bergred JUSA C dan ke atas, yang berkhidmat di negeri ini.

“Keputusan dicapai pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang saya pengerusikan pagi ini.

“Ia dibuat berasaskan kemampuan kewangan negeri serta sikap peduli kerajaan negeri terhadap rakyat termasuk dalam kalangan penjawat awam sekalian,” – Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail

Pahang Akan Umum Bonus Aidilfitri – Wan Rosdy

 

Leave a Reply