DIGANDINGKAN BERSAMA LAGI LEPAS KAHWIN – HANNAH TERUJA BERLAKON BERSAMA SUAMI

Berlakon bersama suami sendiri… demikian halnya dengan pelakon Hannah Delisha yang meluahkan rasa teruja apabila dapat bergandingan dengan suaminya iaitu pelakon Singapura, Imam Shah, 32, dalam sebuah drama ‘Kisah Rumah Tangga: Rindu Salah Alamat’ yang ditayangkan di saluran Astro Ria, pukul 7 malam.

Menurut Hannah atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne Birch, 26, drama tersebut merupakan gandingan pertama mereka di Malaysia, malah selepas bergelar suami isteri. Pasangan ini diijabkabulkan pada 18 Februari tahun lalu di Singapura setelah lima tahun menyulam cinta.

"Projek lakonan pertama bersama suami di Malaysia. Sebelum ini kami pernah digandingkan bersama dua tahun lalu di Singapura. ‘Kisah Rumah Tangga: Rindu Salah Alamat’ ini merupakan drama genre berbeza daripada yang kami pernah berlakon sama sebelum ini.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

"Sangat teruja dengan drama ini, sila maafkan muka penat kami (dalam drama ini). Menjalani penggambaran dalam bulan Ramadan sangatlah mencabar," katanya.

Sementara itu, menerusi muat naik laman Instagram, suami Hannah turut berkongsi satu foto yang menunjukkan babak lakonan mereka dalam drama lima episod arahan Uchee Fukada itu.

Image_3.jpg

"One for the lady," tulisnya ringkas menerusi kapsyen gambar mereka sedang berpegangan tangan.

Melihat pada ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira dan tidak sabar mahu menyaksikan naskhah yang menggandingkan pasangan selebriti ini.

"Awwww akhirnya lakonan bersama selepas berkahwin. – "Alhamdulillah suami dan isteri berlakon sama-sama. – "Bersemut, manisnya semoga hingga ke jannah," komen netizen.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Leave a Reply