“KALI PERTAMA DAPAT BERBUKA DENGAN JEBAT SEJAK DIA LAHIR, SANGAT INDAH” – SHARNAAZ

Tahun ini merupakan Ramadan paling bermakna buat pelakon Sharnaaz Ahmad apabila dia dapat berbuka puasa buat kali pertama dengan anak tunggalnya, Jebat Jayden Ahmad pada 17 April lalu dan momen terindah bersama itu diabadikan di kediamannya.

"Ya… itu kali pertama dapat berbuka dengan Jebat sejak dia lahir. Indah, sangat indah. Kita semua kan tengah berpuasa, Jebat ajak makan sekali nak suapkan," itulah kata Sharnaaz menerusi kiriman WhatsApp.

Tambah pelakon filem ‘Polis Evo 3’, dia seronok melayan telatah anak lelakinya yang kini suka menyanyi dan menari.

"Jebat suka menyanyi dan menari. Bila dengan Jebat, memang nampak sisi saya yang lain sebab saya sekali kena menyanyi. Memang kalah la, Jebat mesti nombor satu," tutur Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Dalam pada itu, anak kelahiran dari negeri Pulau Pinang ini mengakui mudah menguruskan Jebat kerana dia seorang anak yang baik.

"Jebat senang saja nak urus tapi biasalah ada mood swings. Kalau mood swings payah sikit la. Bila Jebat dekat rumah saya memang saya akan uruskan dia termasuk mandikan dan beri dia makan sambil dibantu pengasuh, Ika," ujarnya.

Untuk makluman, Sharnaaz dan Noor Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 namun bahtera yang dibina tidak bertahan lama apabila mereka disahkan bercerai pada 9 Julai tahun lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia tiga tahun.

Image_3.jpg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *