SAM BUNKFACE FAILKAN PERMOHONAN PINDAAN TUNTUTAN NAFKAH

SAM BUNKFACE FAILKAN PERMOHONAN PINDAAN TUNTUTAN NAFKAH

SAM BUNKFACE FAILKAN PERMOHONAN PINDAAN TUNTUTAN NAFKAH. “Peguam dia (Sam) akan failkan pindaan kepada dokumen yang dia sendiri sudah failkan sebelum ini. Selepas itu barulah kami boleh jawab balik pindaan yang dia tuntut di mahkamah. Dia tuntut untuk ubah perintah nafkah anak.

“Sebelum ini, perintah menetapkan dua terma untuknya iaitu pertama, bayar nafkah bulanan sebanyak RM1,000 sehingga Disember tahun lalu dan RM1,300 bermula Januari tahun ini. Sekarang, dia nak ubah jumlah RM1,300 itu kepada satu angka yang kami pun tak pasti berapa.

“Sekarang timbul isu daripada segi pembayaran angka nafkah bulanan yang patut dibayarnya itu,” kata peguam Aida, Yusfa Hanis Yusoff yang memberitahu, pihaknya belum mendapat maklumat pindaan apa dikemukakan vokalis kumpulan Bunkface, Sam dan sebutan kedua bakal dilangsungkan Jun ini.

 

Image_2.jpg

Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharom hari ini telah memfailkan pindaan terhadap perjanjian pindaan tuntutan nafkah anaknya Maleeq, hasil perkahwinan bersama bekas isteri, Aida Azira Hussin, yang dibuat ketika prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada 18 Jun 2020.



Sam berbuat demikian selepas proses sulh antaranya dengan Aida gagal mencapai kata putus bulan lalu. Bagaimanapun, penyanyi terbabit tidak hadir pada sebutan kes pertama yang sepatutnya berlangsung hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, di sini. Sam diwakili peguamnya Liyana Sihar dalam prosiding hari itu.

Menurut Yusfa, pihaknya juga tidak pasti apa alasan Sam memfailkan pindaan itu selagi belum terima salinan dokumen terbabit. Namun, dia tidak menafikan isu itu mungkin timbul akibat masalah kewangan.

Image_3.jpg

Sementara itu, Aida berkata, dia berharap kes tuntutan nafkah itu akan selesai dengan mencapai kata sepakat terbaik. Dia cuma mahukan anaknya Maleeq terima nafkah secukupnya.

“Saya harap urusan antara kami (dengan bekas suami) selesai sebaiknya kerana saya mahu teruskan hidup saya. Saya nak fokus kepada anak dan kerjaya saya. Saya tak nak ada apa-apa lagi. Saya cuma nak besarkan anak saya dalam keadaan yang sempurna dan mencukupi. Itu saja,” ujarnya yang dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.



Untuk makluman, Sam dan Aida mendirikan rumah tangga pada 25 April 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki. Pada 2019, pasangan itu mengumumkan sudah bercerai. Sam kemudian melangsungkan pernikahan dengan Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi pada Disember tahun lalu.

HAMPIR 2 TAHUN MENDUDA – SAM BUNKFACE KINI SELAMAT KEMBALI BERGELAR SUAMI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker