Ketua Polis Negara Minta SPRM Siasat ‘Katak Politik’

Ketua Polis Negara
Tan Sri Hamid Bador

Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menyiasat ‘Katak Politik’.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=bCiT4CWBaVk[/embedyt]

Hamid Bador yang akan bersara wajib pada 4 Mei 2021 mendedahkan perlakuan membeli ahli politik demi kepentingan parti politik tertentu.

Ketua Polis Negara Minta SPRM Siasat 'Katak Politik'
Tan Sri Hamid Bador

“Saya melawan rasuah dalam pasukan dan saya melihat rasuah berlaku merata-rata tempat”

“Mabuk kuasa, sanggup melakukan perbuatan membeli sana dan menggugut…itu rasuah namanya”

“Saya minta SPRM masuk ambil tindakan…jangan takut”

“Saya minta SPRM masuk siasat katak-katak, kejap sana bunyi kejap sini bunyi”

“Naik private jet…pergi Sabah…kejap dengar katak dah nak melompat”

Ketua Polis Negara sebelum itu mendedahkan bagaimana seorang Menteri yang mendesak untuk diberikan kuasa selaku Pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).

Satu klip audio perbualan seorang Menteri telah tular di media sosial baru-baru ini.

Menteri tersebut telah mengakui suara dalam audio tersebut ialah dirinya.

Menteri KDN Mengaku Suara Beliau

Jelas sekali dakwaan Hamid Bador mengenai desakan Menteri itu ada asas dan sepatutnya tidak berlaku.

Bagaimanapun Menteri berkenaan menyatakan beliau tidak melakukan sebarang kesalahan sebaliknya menyalahkan pihak yang mengintip perbualan tersebut.

Perkara yang didedahkan Hamid Bador merupakan sesuatu yang mengejutkan rakyat dan negara.

Bukan sahaja intergriti PDRM menjadi tumpuan seluruh negara dengan pendedahan ini malah intergriti kerajaan Perikatan Nasional juga akan dipersoal oleh rakyat.

Membenarkan prejudis dan pra sangka buruk rakyat terhadap PDRM perlu dielakkan bagi menjaga maruah pihak PDRM sendiri.

Perdana Menteri perlu memandang serius dan mengambil tindakan tegas pendedahan Ketua Polis Negara.

Pihak SPRM juga perlu diberikan kuasa penuh tanpa sebarang campurtangan politik bagi menyiasat dakwaan Hamid Bador.

Panas Hamid Bador Dedah Campurtangan Menteri PPBM

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker