Biodata Artis Diana Danielle

Biodata Artis Diana Danielle

Biodata Artis Diana Danielle, Berikut adalah Profail, Latar Belakang yang telah dikemaskini pada 29 apr 2021.

Diana Danielle atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson (lahir 22 November 1991) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia kelahiran Amerika Syarikat.

Kerjayanya Diana Danielle

Dari kerjayanya sebagai pelakon, beliau mula dikenali umum menerusi filem sulung lakonannya Idola (2002) dan telah membintangi beberapa drama TV termasuk Airmata Maria (2007) dan Raisha (2017-2018).

Diana memulakan kerjaya lakonan secara kebetulan dan memenuhi permintaan untuk pelbagai pekerjaan seperti pemodelan, nyanyian dan muncul dalam iklan televisyen.



Bakat beliau dikesan oleh pelakon Norman Hakim ketika beliau mengunjungi keluarganya ketika Diana berusia 9 tahun, dan seterusnya muncul bersama filem pertama lakonannya, Idola (2002) arahan Aziz M. Osman yang mana Diana menjayakan peranan sebagai Mira Melissa Muqriz.

Diana paling dikenali menerusi peranannya dalam drama TV3 Airmata Maria terbitan Skop Productions. Diana ketika itu hanya berusia 14 tahun ketika beliau diberi peranan yang berumur 20 tahun.

Sekitar tahun 2007, Diana pernah menjalin hubungan dengan pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof ketika sama-sama membintangi filem Evolusi KL Drift, namun berpisah pada 2009 akibat ketetapan perundangan dan kontroversi yang menyelubungi mereka.

Beliau  kemudiannya berkahwin dengan pelakon sampingannya dalam filem itu, Datuk Farid Kamil pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua anak—Muhammad dan Nur Aurora. Beliau mengabadikan gambar lama mereka sekeluarga ketika meraikan Aidilfitri bersama Farid yang tidak dapat meraikan Aidilfitri bersama selepas dijatuhi dihukum penjara.



Diana Danielle
Kelahiran
Diana Danielle Danny Beeson
22 November 1991 (umur 29)
Houston, Texas, Amerika Syarikat
Warganegara
  • Amerika
  • Malaysia
Pekerjaan Pelakon, penyanyi, model, pengacara
Tahun aktif 2002–kini
Ketinggian 1.70 m (5 ka ​678 in)
Pasangan Farid Kamil (k. 2012)
Anak 2
Ibu bapa Danny Beeson (bapa)
Norsiah Ramli (ibu)
Saudara Hailee Hayden (adik tiri)
Fadzil Zahari (adik ipar)Yana Samsudin (biras)

FOTO

Biodata Artis Diana Danielle

 Biodata Artis Diana Danielle

Biodata Artis Diana Danielle

Biodata Artis Diana Danielle

Biodata Artis Diana Danielle

Biodata Artis Diana Danielle

Baca Juga : Biodata Artis Farid Kamil

Jangan Lupa Like FB My-TV

“TAK PERLULAH PEDAJAL ORANG…” – DIANA DANIELLE KESAL PEMBELI ‘HILANG’ LEPAS COD BARANG

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker