SUHAIMI SAAD ‘BACKUP’ SITI NURHALIZA.

SUHAIMI SAAD 'BACKUP' SITI NURHALIZA.

SUHAIMI SAAD ‘BACKUP’ SITI NURHALIZA.  “Alaaaaahhh! ostad pun nak tumpang jugaaak. Tak payah la nak campor, nak tambah perisa ustad. Patut ustad fokus je pada amalan dan job yang lebih baik dan penting. Bukan cari pasal dengan isu yang takde kaitan dengan ustad. Buruk nampak perangai orang ugama buat gitu. Betol la apa yang Siti tulis tu. Aku sokong Siti

“Bukan ustaz mana cakap. Nabi yang cakap, memang pahala ibadah kita dalam bulan ramadhan ni Allah ganda gandakan. Bila orang kata,umpat,aibkan dan fitnah kita, kalau kita sabar, memang Allah akan bagi pahala yang besar. Takkan benda basic macam tu pun tak tau. Kata ustad. Tak payah nak burukkan keadaan la ustad. Makin lama makin buruk dan hilang hormat orang pada ustad.

“Nak tibai Siti, pastu nak bela netizen2 langau ni ke apa? Patut ustad tolong tenangkan dan nasihat masyarakat supaya jaga lidah dan jari dalam bulan mulia ni. Ini dah macam nak menangguk di air keruh plak. Tak elok ustad. Stop stop la politikkan semua benda. Malu dekat Allah.

“Aku takpe. Aku bukan ustad. Peminat DSSN, Mosus. #donebackup,” kata bekas penyanyi kumpulan In Team, Suhaimi Saad menerusi laman Instagram miliknya dimana dia tampil memberikan pendapatnya serta mempertahankan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.



SUHAIMI SAAD ‘BACKUP’ SITI

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai kenyataan oleh Siti mengenai kumpul pahala berganda-ganda di sepuluh malam terakhir Ramadan selepas majlis tahnik anaknya dikecam teruk.

Perkara itu turut mendapat perhatian pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee yang mempersoalkan kenyataan Siti itu. Dr. Ridhuan turut meminta supaya budaya mempergunakan nama ‘ustaz’ demi menyembunyikan kesalahan dilakukan sendiri perlu dihentikan.

Ujar Suhaimi, pahala berganda-ganda bukan diperkatakan oleh ustaz tetapi Nabi sendiri yang menjelaskan mengenai perkara itu. Dalam pada itu, Suhaimi turut memohon Dr Ridhuan Tee tidak masuk campur dalam isu tersebut serta tidak lagi memburukkan keadaan.


Baca Artikel Berkaitan :



 


Kenyataan Media Pengerusi Biro Komunikasi dan Diplomasi Antarabangsa Dr. Tee Ching Seng

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker