Azmin Ali Kena Balun Dengan Ummi Hafilda

Ummi Hafilda Bidas Azmin Ali

Datuk Seri Azmin Ali kena ‘balun’ dengan adiknya Ummi Hafilda Ali yang mendakwa berlaku perlanggaran SOP PKP 3.0 apabila menaikmuat foto keluarganya di media sosial.

Ummi Hafilda mempertikaikan kehadiran anak serta menantu Azmin di kediamannya sempena Aidilfitri yang disambut semalam.

Terdahulu Azmin menaikmuat foto beliau berhubung dengan ahli keluarga lain menerusi panggilan video.

Rata-rata komen di media sosial Ummi turut mengkritik tindakan Azmin yang didakwa membelakangkan peraturan PKP 3.0 yang ditetapkan.

SOP PKP 3.0

Azmin sebelum ini mencetuskan persoalan di kalangan netizen berkaitan tempoh kuarantin selepas pulang dari Arab Saudi.

Ahli Parlimen Gombak itu kelihatan telah melakukan lawatan sebelum tamat tempoh kuarantin yang ditetapkan untuk rakyat.

Kertas Putih Felda
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

Adakah Azmin Ali ‘kebal’ daripada undang-undang? Beliau perlu menjawap dakwaan Ummi Hafilda namun seperti biasa, Azmin biasanya hanya mendiamkan diri.

Benarkah memang ada kasta dalam penguatkuasaan peraturan antara golongan ‘kayangan & marhein’?

SOP PKP 3.0

Menteri Kanan Pertahanan sebelum ini ada menyatakan tiada perbezaan undang-undang antara ‘kayangan’ dan ‘marhein’ sekiranya didapati melanggar peraturan PKP 3.0 yang ditetapkan.

Anak Muda Protes Bawa Gegantung ‘Kerajaan Gagal’

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker