Kakak Neelofa Buat Hal, Ramai Duduk Serumah?

 

Kakak Neelofa buat hal bila menaikmuat video suasana sambutan raya keluarga mereka. Netizen mula mempertikaikan berapa ramai yang duduk serumah dengan keluarga tersebut.

SOP PKP 3.0 telah menetapkan tiada ziarah atau kunjung mengunjung semasa sambutan Aidilfitri 2021. Ini berikutan peningkatan kes covid19 di seluruh negara.

Dalam SOP itu juga menetapkan tidak boleh merentas daerah mahupun negeri kecuali dengan kebenaran pihak polis atas alasan yang munasabah.

Suami Kakak Neelofa

Jika keluarga Neelofa menafikan video tersebut adalah video Aidilfitri 2021, bagaimana mereka mahu menafikan kehadiran suami Neelofa dan abang ipar Neelofa?

Suami Neelofa

Sudahlah seorang Menteri Kanan turut menafikan berlaku pelanggaran SOP PKP 3.0 yang beliau lakukan walau foto serta video sambutan di kediamannya sudah tersebar.

Azmin Ali Kena Balun Dengan Ummi Hafilda

Apakah keluarga Neelofa akan turut menafikan mereka juga melanggar SOP PKP 3.0?

Neelofa yang sebelum ini seperti cuba meraih populariti dengan menaikmuat foto beliau dan suami di Langkawi.

Kontroversi Neelofa Merentas Negeri

Kemudiannya menaikmuat pula foto beliau dan suami merentas negeri mencari karpet di Nilai, Negeri Sembilan.

Sebenarnya apa yang dilakukan selebriti dan Menteri ini menjengkelkan rakyat.

Rakyat diminta dan diarahkan mematuhi segala arahan kerajaan tetapi dalam masa sama golongan VIP dan artis selamba melanggar SOP PKP 3.0?

Rakyat naik muak dengan sikap ‘Talam Dua Muka’ golongan kayangan yang seolah menunjukkan mereka berada lebih tinggi dari Undang-Undang ditetapkan.

Netizen dan rakyat menanti apa komen Menteri Pertahanan mengenai perlanggaran SOP PKP 3.0 kerana beliau sendiri menyatakan tiada perbezaan antara ‘kayangan & marhein’ jika melakukan kesalahan.

Neelofa Di’Kantoi’kan Tokey Karpet Nilai 3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *