Wira Putra Gesa Tubuhkan Mageran

Ketua Pergerakan WIRA PUTRA MALAYSIA
Nasrul Ali
Ketua Pergerakan PUTRA Malaysia



PERGERAKAN WIRA PUTRA SARAN MOHON PERKENAN MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU SEGERA TUBUH MAGERAN DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT DAN KESELAMATAN NEGARA

Kenyataan Rasmi Wira PUTRA

1. Wira PUTRA sedih dengan keadaan semasa negara yang tidak menggambarkan akan pulih kembali seperti keadaan sedia kala dalam tempoh terdekat ini.

Sudah tiba masa semua pemimpin masyarakat sama ada pemimpin parti, NGO atau apa jua organisasi bersatu hati demi kembalikan kesejahteraan negara.

Rakyat semakin gelisah dengan ancaman COVID-19 dengan kes meningkat setiap hari yang gagal dikawal yang diyakini berpunca dari PRN Negeri Sabah.

PRN yang berlangsung tahun lalu dan kebenaran masuk warga luar ke dalam negara sama ada secara rasmi atau tidak rasmi yang berkemungkinan menjadi pembawa jangkitan Covid-19.

Akibat kerakusan merebut kuasa dan ingin kekal berkuasa akhirnya rakyat menjadi mangsa.

2. Wira PUTRA seiringan dengan pandangan Presiden PUTRA iaitu Mohon Ampun Perkenan YDP Agong memanggil Mesyuarat Khas Raja-Raja Melayu.

MRRM diperlukan bagi membincang dan mempertimbang keabsahan Perdana Menteri dan kemampuan serta hasil pencapaian Perdana Menteri menyelesaikan isu dan kemelut semasa demi mempertahankan masa depan negara.

3. YDP Agong wajar untuk memecat Perdana Menteri yang pada ketika ini dilihat sudah hilang sokongan dan kepercayaan majoriti ahli parlimen atas kegagalan PM dan kabinetnya urus tadbir segala isu seperti penularan COVID-19.

PM yang baru perlu membawa masuk pelaburan yang menguntungkan rakyat, menambahbaik ekonomi negara dan rakyat serta ancaman kuasa luar sejak mereka memegang tampuk kepimpinan negara.

Ini kerana pasukan yang dibentuk oleh Perdana Menteri nyata dilihat gagal menangani segala permasalahan hingga satu ke satu musibah datang.

Tak cukup ancaman Korea Utara kini Israel pula membuat ancaman. Perdana Menteri dan kabinetnya ternyata gagal menghindar ketakutan dan rasa cemas rakyat yang makin menebal setiap hari.

MAGERAN

4. Setelah PM baharu dilantik dari kalangan Majlis Parlimen yang mempunyai sokongan majoriti, satu pasukan baru yang dianggotai individu lebih berpengalaman, berkemahiran dan efektif perlu dibentuk melalui MAGERAN.

Satu pelan jangka pendek dan jangka panjang perlu segera dibentuk bagi kembalikan semula kepercayaan rakyat terhadap kerajaan dalam mengurus hal semasa dan masa depan yang lebih sejahtera.

5. Mewujudkan MAGERAN bukan bermakna YDPA telah menggunakan talian hayat terakhir yang akan melumpuhkan negara, tetapi ia adalah langkah untuk memulakan satu permulaan baharu dengan membuat langkah pembetulan secara menyeluruh berdasarkan rekod kelemahan dan kekurangan sistem dan perundangan sedia ada yang perlu ditambah baik.

6. Sebagai pemimpin yang berjiwa besar, keutamaan menjaga kepentingan negara dan rakyat adalah nilai wajib tersemai dalam jiwa setiap pemimpin.

Ia adalah satu nilai yang melebihi segala agenda peribadi dan kepentingan politik mahupun kepentingan organisasi. Jangan sekadar melihat untuk menyelesaikan masalah pada masa ini sahaja, negara perlu ditinggalkan dengan baik dan sejahtera bagi generasi akan datang.

Anak muda mengharapkan kerajaan proaktif berkenaan permasalahan rakyat secara realiti bukan sekadar melihat data-data yang dipungut hasil dari sampel yang tidak menyeluruh dan menggambarkan rakyat sepenuhnya.

Berlapang dada dan bersatulah pemimpin-pemimpin Malaysia dengan menyokong penubuhan MAGERAN yang lebih efektif demi kesejahteraan negara pada masa hadapan.

Sekian.

Nasrul Ali Hasan Abdul Latif

Ketua Pergerakan Wira PUTRA Malaysia

PUTRA main peranan kuasa ketiga dalam kerajaan – Ibrahim Ali

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker