Kerajaan DAP P.Pinang Kena Scam, Guan Eng Mengamuk

Kerajaan P.Pinang Kena Scam Vaksin

Kerajaan DAP P.Pinang telah  ditawarkan dengan pemberian derma 2 juta vaksin Sinovac oleh sebuah syarikat swasta.

Ternyata Kerajaan DAP P.Pinang kena ‘Scam’ dengan tawaran derma vaksin Sinovac. Ini telah menyebabkan Lim Guan Eng mengamuk dan cuba menyalahkan pihak lain atas kelemahan sendiri.

Sinovac China telah mengesahkan tiada permohonan atau sebarang dokumen dari mana-mana wakil syarikat diterima mereka.

Lebih malang lagi apabila wakil jualan antarabangsa dalam surat yang dikemukakan Kerajaan DAP P.Pinang mengesahkan beliau tidak terbabit dalam urusan Sinovac  Biotech LTD untuk pasaran Asia.

Surat Tawaran Scam

Memalukan sekali apabila sebuah kerajaan negeri tidak meneliti tawaran tersebut dan tidak merujuk kepada pihak berkenaan terlebih dahulu.

Menteri bertanggungjawab telah menjelaskan perkara tersebut dibalik kecaman daripada Guan Eng.

Berikut adalah kenyataan daripada Menteri terbabit –

pemeriksaan pihaknya mendapati syarikat yang membuat tawaran berkenaan Xintai Development Enteprise Ltd yang berpangkalan di Hong Kong, tidak wujud.”

“Kita sudah melaksanakan carian syarikat dan mendapati syarikat ini tidak wujud di Hong Kong, kita juga buat pemeriksaan dengan Pengeluar Sinovac dan mendapati tidak pernah wujud urusan.

“Syarikat ini tidak wujud, …jadi apa yang ditunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang mengenai tawaran dua juta dos vaksin ini adalah palsu.

“Jadi bagaimana kerajaan Pulau Pinang boleh menggunakan surat (scam) palsu untuk menuduh kerajaan Pusat menghalang pemberian vaksin ini?

Syarikat ini tidak wujud dan surat itu palsu.

Saya akan minta Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) untuk membuat laporan polis,” katanya dalam sidang media secara maya berhubung Sumbangan Bekalan Vaksin kepada Pulau Pinang, hari ini.

Fitnah!!!….Tiada Arahan Parti Jemput Dap Hadir Program

 

 

Leave a Reply