Kecoh Foto Balak Bersaiz Besar Atas Lebuhraya

Kayu Balak
Foto Balak Bersaiz Besar Di Lebuhraya Pantai Timur

 

Foto sebuah lori balak bersama muatan bersaiz luarbiasa tular di media sosial semalam.

Bekas pekerja TV3, Khaidir Ahmad telah menaikmuat foto berkenaan di media sosial miliknya. Foto serta kapsyen beliau mendapat 9,600 reaksi & 4,600 kongsian.

 



Kayu Balak
Tangkap Layar Dari Media Sosial Khaidir Ahmad

 

Perkongsian tanpa penjelasan terperinci Khaidir Ahmad pula menjadi topik panas netizen yang cuba mengaitkan balak tersebut dengan Negeri Pahang.

Persepsi buruk serta berniat jahat mula dilemparkan netizen terhadap Kerajaan Pahang dan Menteri Besar Pahang kerana mempercayai balak tersebut dikeluarkan dari hutan Pahang.

 



Kayu Balak
Penjelasan Jabatan Perhutanan Pahang

 

Jabatan Perhutanan Pahang memberi reaksi pantas terhadap penularan foto tersebut dan melakukan pemeriksaan lanjut muatan serta kelulusan lori yang membawa muatan balak itu.

Hasil siasatan serta pemeriksaan, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang mendapati balak itu datang dari hutan Terengganu. Dokumen kelulusan serta permit memindahkan balak turut dilampirkan oleh pemandu sebagai bukti.

 



Kayu Balak
Dokumen Berkaitan Balak

 

Bagaimanapun natijah daripada kecuaian pihak yang menyebarkan foto tanpa sebarang penjelasan telah menjadi bahan politik sesetengah pihak yang cuba mengambil peluang.

Dalam satu kongsian di facebook, seorang individu bernama Maliequl Hidayat cuba mengaitkan kisah balak tersebut dengan Menteri Besar Pahang.

 



Kayu Balak

  • Tangkap Layar Kaitkan Balak Dengan MB Pahang

 

Individu yang dipercayai ahli parti politik secara jelas telah membuat tohmahan dan menyeru rakyat Pahang memberi peluang kepada parti lain untuk mentadbir Pahang pada PRU15.

Polemik politik yang cuba disebarkan oleh individu tersebut amat mengecewakan. Hanya kerana 3 keping foto dan kapsyen berkaitan balak imej kerajaan negeri cuba dicalarkan.



Kayu Balak
Foto Kayu Balak Diperiksa Oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang

Itu baru 1 kongsian yang diperolehi, bagaimana dengan 4,599 kongsian lain dengan hanya berbekalkan 3 keping foto serta kapsyen yang disampaikan Khaidir Ahmad?

HARGA KAYU NAIK, KEGIATAN CURI BALAK MENINGKAT



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button