Puad Zarkashi ‘Sekolahkan’ Radzi Jidin
SUDAHKAH RADZI JIDIN LAWAT SEKOLAH PEDALAMAN?
Saya pernah berjalan kaki 8 jam untuk sampai ke sekolah pedalaman SK Saliliran di Nabawan Sabah.
Perjalanan bermula dengan naik bot daripada Kuala Salong jam 6 pagi dan sampai di Sinapa jam 4 petang.
Dari situ mula meredah hutan, menyelusuri sungai, memanjat bukit dan tiba di SK Saliliran tepat jam 11.55 malam.
Sebenarnya banyak lagi pengalaman pahit melawat sekolah pedalaman di Sarawak, Sabah dan pulau pulau di Mersing Johor.
Keberkesanan PdPR
Soalnya bagaimanakah di waktu COVID-19, PdPR iaitu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah dapat dilaksanakan dengan berkesan di sekolah pedalaman?
Sekokah pedalaman ialah sekolah yang tidak boleh dihubungi melalui jalan darat. Banyak kesukaran termasuk untuk membeli barang dapur kerana jauh dari pekan utama.
Data 2018
Mengikut data 2018, terdapat lebih kurang 832 sekolah pedalaman di Malaysia. 372 adalah sekolah Pedalaman 1. Saya sempat melawat 202 buah sekolah pedalaman dari 2009-2014.
Sekolah pedalaman jauh beza dengan sekolah luar bandar. Masalah sekolah pedalaman ialah internet, liputan telefon, bekalan elektrik, air bersih dan pengangkutan.
Keadaan fizikal sekolah pedalaman juga dhaif seperti asrama, rumah guru, perpustakaan dan makmal komputer.
Ada guru wanita panjat pokok untuk dapat line telefon bagi menghubungi suaminya di Semenanjung.
Soalnya, apakah PdPR mengambil kira semua masalah tersebut. Kalau guru dan pakar turut mengkritik PdPR, sudah tentu sukar dilaksana di pedalaman kerana kekangan logistik.
Sebab itu amat wajar kalau Menteri KPM turun melawat sekolah pedalaman. Tengok sendiri. Jangan sebok agih beras di Putrajaya sahaja.
Dulu, masa PM 8 jadi Menteri Pelajaran telah dilancarkan pelan transformasi pendidikan sekolah pedalaman di Paitan Beluran Sabah (18 April 2013).
Nafas Baru
Berilah nafas baru kepada pelan tersebut. Semasa BN, peruntukan RM 2 Bilion diberikan untuk sekolah pedalaman. RM 1 Bilion Sabah dan RM1 Bilion Sarawak (Bejet 2018).
Amat wajar wujud Bahagian baru di KPM. Iaitu Bahagian Pendidikan Sekolah Pedalaman.
Keadilan pendidikan mudah tercapai jika sekolah pendalaman menerima pendidikan sama kualiti dengan sekolah di bandar.
Radzi Jidin perlu turun ke bawah. 832 buah sekolah pedalaman bukan sedikit.
Sumber – https://www.facebook.com/100044611321476/posts/347084653455243/
Resepi Stew Ayam & Roti Bawang Putih